Rabu, 12 Disember 2012

i choose to fight

Teringat pepatah Cina yang dikongsikan seorang sahabat tak nampak keranda, tak menitis airmata. Setiap kali dengar berita kematian seseorang kerana kanser, hati mesti tersentuh. Bila pula giliran aku? To all cancer fighters and warriors out there, we always have two choices:
  1. give up or
  2. fight like hell.
I chose to fight.Aku pilih untuk melawan dengan cara dan perancangan aku sendiri. Tapi aku redha, akhirnya nanti tiada siapa pun yang dapat melawan perancangan Allah. Hari ni aku putuskan untuk terima cadangan doktor. Baik buruknya nanti biarlah Allah yang tentukan. Kalau elok, sembuhlah. Kalau tidak, biarlah kembali dengan cara yang sempurna. Kita ni milik Tuhan, setiap nafas pun dipinjamkan Tuhan. Apalah hak aku untuk meminta lebih daripada yang sepatutnya aku terima.
Kalau aku ada setahun dalam keadaan normal begini, dapat jalankan kewajipan aku pada Tuhan dan siapkan keperluan dunia akhirat macam orang lain, kenapa mesti aku pilih hidup setahun dalam keadaan terbaring, macam barang pameran, orang datang silih-berganti, hanya untuk meneman dan tunjuk simpati?

Dalam forum-forum yang aku sertai, ramai yang berkongsi pilihan yang sama dengan aku. They are ok now, no regrets, live life to the fullest. I know this is hard, but it's worth trying. Sangat susah sebenarnya bila siang cuba hidup macam orang lain, tapi malam banyak ketikanya bergelut menahan sakit dan bangun pagi dalam kepayahan. Kadang-kadang bila nak pejamkan mata, mesti bimbang lenaku nanti tanpa terjaga.

Kalau kita faham kita ini milik Tuhan, sewajarnya kita juga bersedia bila-bila masa pun kita boleh dijemputNya. Yang penting bukannya bila kita mati, tapi macam mana kita hidup. Kerana itu yang akan menentukan akhir nafas kita nanti..mudah-mudahan husnul khatimah, amin.