Ahad, 20 Mei 2012

petanda ini

Tiga minggu kebelakangan ni kesihatan tak berapa mengizinkan. Dah diingatkan dari awal sebenarnya, demam, selesema dan kesakitan berlarutan adalah satu lagi petanda yang akan mengecilkan harapan. Cuba untuk menidakkan kenyataan dengan menganggap semuanya cuma kebetulan. Tapi sampai bila nak lari dari hakikat,kan? Lambat laun kena juga berdepan dengan kebenaran yang menyakitkan. Betapa aku bersedia pun, bila tiba masanya, badan tak akan mampu lagi menanggung kesakitan ini. Semangat yang kuat je tak cukup kalau badan tak berdaya melawan sakit yang datang. Tapi buat masa ni aku masih boleh bertahan, walaupun beberapa kali tak mampu sembunyikan kesakitan ini daripada sahabat itu yang dah terlalu banyak membantu. Wahai diri, bertahanlah..in shaa allah. Tapi bila dah tak tertanggung rasa sakit itu, janganlah lagi memaksa diri. Serahkan semuanya kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu.

Masa yang datang akhir-akhir ini semakin cepat berlalu. Bimbang tak berkesempatan. Takut tak kesampaian. Tapi Allah Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan hidup hambaNya. Allah jualah sebabnya dalam sakit aku mampu tersenyum dan dalam ketakutan aku akan terus melawan

Selasa, 8 Mei 2012

ayah...

Ya allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. kiranya allahyarham ayahku insan yang berkebajikan maka Kau tambahlah kebajikannya..

Berikan keampunan atas segala dosanya ya Allah yang maha pengasih keatas sekalian hambaNya..

Cucurilah rohnya dengan rahmatMu..lindungi ia dari fitnah kubur yang mengazabkan dengan kasih sayangMu.sesungguhnya ia telah banyak mengorbankan hidupnya untuk membesarkan kami sekeluarga dengan kasih sayangnya.

Ya Allah yang maha penyayang…

Tempatkan ayahku ini ditempat hambaMu yang soleh.bukakanlah pintu syurgaMu untuknya.ringankanlah apa yang dilaluinya saat ini ya Allah.

Hanya padaMu aku meminta..amin yarabbal alamin



Rabu, 2 Mei 2012

kenangan..


tak sangka, aku paling rendah antara 2 bestfriend merangkap musuh utama aku dalam pelajaran...ahahha 
fight for the best ok...persaingan yang sihat.


dengan model aku yang memperagakan baju kertas yang aku design sendiri dari kertas masa fashion show Personal Protection Equipment (PPE)


kami kawan selamanya!!!!



ada tokoh pemimpin yang baik tak?
huhuhu.....
tapi masa program ni, seingat aku bukan je jadi pengarah program...tapi tugas setiausaha n ajk yang jaga vvip pun aku kene handle..almaklumlah, bila buat program ader je yang buat perangai..tapi takpelah..yang penting program motivasi kecermelangan pelajar ni berjaya n endingnya sangat happy..uuyeeaahh *,*


lecture department of civil engineering yang paling sporting ngan student lah...kreadit kat diorang bub layan kami macam kawan2 baik aje hihih



Penceramah jemputan Puan Nurul Aini Ghazali yang ceria semasa aktiviti dengan peserta..





ni bila da settle mestilah nak bg kenang-kenangan kan...takkan la tangan kosong je...ape pun thanks a lot pd PUAN NURUL AINI BT GHAZALI dan EN. SAFHIFULRABBI
 atas kesudian kalian menyampaikan 4 slot motivasi yang banyak bagi manfaat dan kesedaran pada kami...terima kasih daun keladi, in shaa allah sampai bertemu lagi...