Selasa, 30 April 2013

ALHAMDULILLAH.....


Segala puji pada Allah Tuhan sekalian makhluk...

final exam telah berakhir..uyeahhh!!! benda pertama bila sampai umah tadi aku mentedarah..baru terasa lapau yang amat.huhu semenjak minggu exam 2 minggu sudah, boleh kire bape kali aku makan.

fhewwwww...pastu cari katil ahahha 2 paper terakhir buat aku tak tdo malam..susah giler bapak lah..

syukur pada Allah dalam sakit2 aku mampu hadapi semua final semester ni..dan paling best paper paling susah tadi aku dapat jawab keseluruhan bahagian B dengan konpidennyer.fuhhh ada yang mengis tak dapat buat.. senyum bawak ke telinga..punya la happy..
benda pertama aku buat masa habis paper tadi aku p cari Puan Nughul...guru kesayangan aku.

Huh ! mesti lah aku nak kongsi ngan dia..tapi...alah crah ni ajak balik cepat lak...tak sempat nak berlama2.cuti da lah 2 bulan...lama nanti tak jumpa dia..tapi ape2 pun aku sempat dititipkan pesan..aku tau dia tak nak ckp direct...bub ape yang dia pesan tu semua yang pernah aku bgtau dia..
baik sungguh orang yang bernama guru ni..
minggu ni aku nak habiskan masa dengan melekat kat katil ksygn aku (lama da tak tdo dalam bilik disebabkan tertidur masa study kat bilik study)...minggu depan aku nak p kedah..travel dengan bff...syang tgu tau..yul mai gegaq kedah nu huhu..
ok da penat membebel...aku nak makan lagik ahahaha.. bye u olllzzz
eeh!!!assalammualikum......

Isnin, 29 April 2013

AKU PUN TAK PAHAM KENAPA..


huh tah kenapa aku slalu nak nyanyi lagu ni bila dengar..

yang pelik aku boleh rap skali tu...punya la hafal lirik dia bub maksud2 dia tu masih berlegar2 kat otak aku

la tahzan...

"Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhulah, ketika tangan ini lelah menggapai cita-cita, maka bertakbirlah, ketika kepenatan tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah… Ikhlaskan semua dan mendekatlah padaNya. Agar diri tunduk di masa yang lain sedang angkuh. Agar teguh di waktu yang lain runtuh, agar cekal di waktu yang lain terlempar...."


hari ni aku menangis lagi..menangis kerana lemahnya iman di jiwa..menangis kerana lelahnya hidup dalam kesakitan yang aku tak tahu dimana penghujungnya..aku terlalu takut untuk menghadapi dunia.

jika salah menuturkan segala yang benar, maka apa yang harus ku lakukan?
jika kasih sayang sebenar adalah satu kesalahan, maka hukumlah diriku ini kerana aku memang bersalah menyayangimu.. la tahzan.. saat ni aku memerlukan pelukan dari si ibu.menyeka setiap aliran titisan airmataku..mengusap rambutku..dan membiarkan aku bersandar lama dibahu..la tahzan

Penghujung kasih

cerpen ni aku adaptasi dari novel sulungku "dendam yang terlerai..." dan aku rasa ramai kawan yang telah membacanya di majalah suara..so aku harap cerpen pendek ni boleh lepaskan kepenatan membaca entry aku yang membosankan tu...




Warna-warna kehidupan...Seringnya kontras,seringnya juga menggempitakan ruang-ruang kebenaran...Jadilah ia hukuman alam yang dicacamarbakan sehingga tali kebenaran tersimpul kusut dan entah siapa yang akan merungkainya..Jangan ditanya mengapa cerita semalam menjadi luka yang tidak pernah akan sembuh. Jangan dihitung berapa titis darah menitis kerana pedihnya jua tidak pernah sembuh lalu merebak menjadi barah yang mengazabkan..Lalu dendam jualah yang menjadikan manusia hilang kemanusiaannya.Dan terpujukkah hati seorang anak tatkala melihat keluarga yang menjaganya tersungkur melutut menagih simpati bilamana dendamnya dilunaskan?


"Ashaduallaillahaillallah waashaduannamuhammadarrasullullah"

Terasa seluruh alam memandang ke arahnya. Terasa segenap pelusuk hatinya disuluh sinar yang maha Esa.

"alhamdulillah..."

Hanya ungkapan itu yang mampu lahir bersama titisan air mata jernih yang mengalir membasahi pipi.Hati kecil dipenuhi keinsafan akan kuasa yang Yang Maha Mengetahui.

"Hei!jangan nak cuba tipu aku!Kau yang ambil duit aku kan?"

kemarahan yang menguasai Datin Endon membuatkan Izza mendiamkan diri.Bukan kerana kesalahan yang dia tidak lakukan.Dia tahu siapa punya angkara.Tapi, along anak kesayangan mama.Dia sengaja mencari nahas jika memberitahu mama keadaan yang sebenar.Cukup sekali tamparan yang diterimanya sewaktu along memberitahu mama barang dikamarnya hilang..

"Khairiah tu anak kandung aku.Bukan kau yang entah dari mana dikutipnya suami aku!Sedarlah diri tu sikit".

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang lagi ditelinganya.Cukup payah untuk ditelannya.Izza hanya mendapat kasih sayang Dato' Hariz yang juga merupakan bapa angkatnya.Datin Endon melayannya baik ketika Dato' Hariz ada dirumah.

"Aku nak kau ganti semula duit yang kau ambil!"

pintu dihempasnya kuat.Izza lari kekamar memujuk hatinya yang terluka sendirian.

"Aah...mama tak adil"

Sedar tak sedar jam hampir ke pukul 2 pagi.Tangisannya mulai reda.Keesokkan harinya dia kembali seperti biasa.Seperti tiada apa yang berlaku.Dalam pelajaran, ak dapat dinafikan Izza seorang yang bijak berbanding Khairiah yang hanya pentingkan keseronokan bersama teman.Pernah dulu mama cuba menghalang dia dari menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dengan menyuarakan hatinya untuk melihat Izza berkahwin.Namun hasratnya gagal bila Dato' Hariz ingin melihat Izza menjadi seorang doktor dahulu.

Bertambah marahlah Datin Endon apabila Izza berjaya melanjutkan pelajaran sedangkan Khairiah sibuk berjoli sana sini. Mama memang tidak pernah menerima kehadiran Izza dalam hidupnya.Anak itu dianggap cukup celaka.Izza kerapkali dipersalahkan atas setiap kejadian malang yang menimpa.Begitu sekalipun Izza diseksanya masih tidak cukup lagi pada Datin Endon.

"selagi budak tu tak tinggalkan rumah aku, selagi tu lah hati aku takkan tenteram!"

Kemarahannya turut dilepaskan bila bersama-sama teman yang turut mempengaruhi.
Tiga tahun berlalu.Sepanjang berada di luar negara,hanya Dato Hariz yang sering menghubunginya.Rindu Izza tidak dapat ditahan lagi apabila hampir setahun papanya tidak lagi menghantar beritta.Disabarkan hati meneruskan pengajian di tahun akhir itu sehingga kembalinya dia ke tanah air.Papanya masih tidak dapat dihubungi.Banglo mewah milik papanya turut dihuni orang lain.

Masa berganti masa.Izza mampu berdikari dengan statusnya sebagai seorang doktor.Dia kini mampu membayar pendahuluan sebuah rumah yang dibeli atas titik peluhnya sendiri.

Nostalgia semalam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama yang ditinggalkan.Saban waktu pada akhir-akhir ini kerapkali muncul aliranrindu yang membasahi lena Izza.menjadikan rasa sayu yang seringkalinya akan bergayut dipelupuk mata.Akhirnya gugur satu persatu membasahi nestapa.Berita terbaru yang diterima memaklumkan kepergian Dato Hariz dua tahun dahulu dalam kemalangan jalan raya.Dan kini kemboja sudahpun gugur kelayuan.Pertemuan tidak lagi menjadi keinginan.Dendamnya membara terhadap mama dan along..

"Doktor Izza, ada tetamu menunggu di bilik doktor..kelihatannya seperti pengemis.Tapi dia kata dia kenal doktor".Kata-kata itu menimbulkan seribu satu pertanyaan.Langkah diatur namun teka-teki dimindanya masih tidak terjawab.Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk,terasa seperti dipanah halilintar apabila melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya.

"Angah anak mama.."

tubuh Izza dirangkulnya kemas.Segera pula Izza menepisnya.Izza sedikit emosi.

"Siapa anak kau hah?aku ni anak kutip!pembawa sial! tak cukupkah lagi kau siksa hidup aku selama ini hah?"

Herdikkan itu memeranjatkan Endon.Harapan akhirnya hanya pada anak itu.Hidupnya cukup malang apabila Dato Hariz ditimpa kecelakaan.Dan sehingga kini, pengemis gelaran paling layak untuknya.Khairiah menghilangkan diri sejak peristiwa itu. Izza mengeluarkan buku ceknya.

"Sejumlah besar duit tentu cukup untuk aku bayar balik semua duit kau pada aku dulu.Aku tak mahu jumpa kau lagi!!"Izza meninggalkan Endon terpinga-pinga seorang diri disitu.
Perasaan bersalah menyelubungi nurani Izza.Air mata tidak dapat ditahannya lagi.Menahan sebak didada.Izza anak yang terdidik.Wajarlah perasaan bersalah memenuhi hatinya.Adakah terlewat baginya untuk menyesali tindakannya apabila muncul berita yang tidak disangka-sangka?
"Izza, makcik yang jumpa kau pagi tadi ada di unit rawatan rapi.Aku cuba hubungi kau banyak kali tapi tak dapat.Dia tenat sekarang akibat dirempuh dikawasan hospital lepas jumpa kau tadi".
Pesanan ringkas rakan sejawat membuatkan Izza bergegas ke hospital.

Rasa dendam yang berli arus ini dapatkah aku sekat empang alirannya?Mampukah aku sekat dari terus mengalir?Hatiku tidak kuat..Semangatku telah goyah lalu patah dibawa arus yang tidak punyai perasaan.Entah dimana terdamparnya? Entah dimuara.entah tersangkut dicelah-celah duri dendam,atau terbenam dilubuk derita. Saat mama terbujur diam disini, perlahan-lahan menitis jua airmata anak ini.

"Ya mama.Angah anak mama.Mama ibu angah dunia akhirat.Setitis dendam perlu aku leraikan kerana disini,di dalam tubuh ini darahmu mengalir sama.Memberiku nyawa, mengajarku dosa dan pahala.Mama..dendam ini telah pergi bersama pemergianmu..Tuhan, kau ampunilah dosa-dosanya..."

Ahad, 28 April 2013

Tabah

agak lama aku tak menulis selepas menulis  3 entry pada 2011.masa tu aku melepasi jangkaan dr dan keadaan aku bertambah2 pulih setelah merubah serba sedikit gaya hidup aku..alhamdulillah berkat doa semua..namun Allah tu sayang sangat kat hambaNya ni..Dia takmau aku terus leka menongkat dunia...sekali lagi aku disahkan mengalami bengkak saraf yang boleh menyebabkan aku koma, buta, lumpuh dan sebagainya akibat tekanan melampau...

sedih....
hanya tu yang aku rasa ketika tu...disaat segalanya hampir dalam genggaman aku...semuanya datang serentak..namun alhamdulillah masalah demi masalah berjaya aku atasi dengan suasana baru yang lebih menceriakan..dengan telatah adik2 junior yang lebih santun tingkahnya..masa ni aku percaya tentang cantiknya kerja Tuhan...

Sabtu, 13 April 2013

email buat seorang guru

بسم الله الرحمن الرحيم

sedih pula rasa hati ni hari ni...sungguh2 airmata ni keluar...macam da takmau berhenti lagi..keupayaan diri yang semakin hilang..kali ni saya x harapkan balasan email ni.bimbang akan mengganggu waktumu..saya cuma nak share something.tak tahu nak bercerita pada sapa..so tap tap tap...akhirnya tercoret la email ni..



"hah...kenapa awak tak datang semalam?"
pertanyaan tu aku tak boleh nak bg feedback lansung...
blurr..
hah???lama juga terdiam memikirkan sesuatu...ntah apa yang aku fikirkan aku pun tak tahu..berkali juga lah ditanya pensyarah..namun akhirnya aku mengalah...

"saya tak ingat lah...betul2 tak ingat..."
meleleh airmata...ape kene dengan aku ni??
last2 aku keluar tinggalkan kelas..lama termenung kat surau sebab aku tak boleh nak balik...sekarang p kelas ada driver da...nak drive sendiri da tak mampu..so kene la tgu orang ambik ptg.time kat surau tu,satu benda pun aku tak boleh nak pk..tgok2 jam da pukul 2..trus solat zohor..g kelas hidraulics lak...

k group aku da siap wat lab test....
"ok, awak terangkan pada kumpulan lain yer..."
terang punyer terang tibe2 lost...terdiam terus...panggil syima minta gantikan...mintak kebenaran terus kol abng suh ambik..balik...

fikiran ni kosong..sekosong hati ni..yang pasti aku nak jumpa mak sgt2...aku kol bgtau terus 

"mak bila nak balik...owang nak jumpa mak lah.."

nangis2 kol tadi.ckap pun takde tapis2 lagi..tapi sayang, panggilan aku tu masuk voice mail..bukan direct pada mak..sampai skrg takde feedback...entah2 mak pun ngis dengar bub tak tau nak buat ape ngan aku ni..(saje nak sedapkan ati)

Buat guruku ini, terima kasih kerana sudi mendengar dan berada di sisi, sedangkan pada waktu ini anda boleh memilih sebenarnya mengabaikan saja email ni..
 jaga diri selalu...saya sentiasa doakan yang terbaik untukkmu...