Ahad, 28 April 2013

Tabah

agak lama aku tak menulis selepas menulis  3 entry pada 2011.masa tu aku melepasi jangkaan dr dan keadaan aku bertambah2 pulih setelah merubah serba sedikit gaya hidup aku..alhamdulillah berkat doa semua..namun Allah tu sayang sangat kat hambaNya ni..Dia takmau aku terus leka menongkat dunia...sekali lagi aku disahkan mengalami bengkak saraf yang boleh menyebabkan aku koma, buta, lumpuh dan sebagainya akibat tekanan melampau...

sedih....
hanya tu yang aku rasa ketika tu...disaat segalanya hampir dalam genggaman aku...semuanya datang serentak..namun alhamdulillah masalah demi masalah berjaya aku atasi dengan suasana baru yang lebih menceriakan..dengan telatah adik2 junior yang lebih santun tingkahnya..masa ni aku percaya tentang cantiknya kerja Tuhan...

Tiada ulasan: