Jumaat, 24 Mei 2013

Kimoterapi pertama

APAKAH ITU KEMOTERAPI

Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang khusus untuk merawat sesuatu penyakit kanser. Di sini, kemoterapi merujuk kepada penggunaan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel-sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan anda. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah anda dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat di buang melalui pembedahan atau di musnahkan oleh rawatan radioterapi. Bila lebih dari satu jenis ubat digunakan, ia dipanggil kemoterapi kombinasi.

ok straight to the point sebab saya bukan seorang pakar medic yang boleh explain benda ni panjang lebar..just nak kongsikan sket pengalaman kimo yang pertama isnin 20 mei yang lalu..

16 mei lepas aku berjaya menyusahkan semua orang bila aku tak bangun dari tidur.kali terakhir malam tu aku berbual tak sampai 10 minit dengan sahabat baik ku. selalunya perbualan kami akan ambil masa sekitar 2 jam...bergayut sehingga mata terasa letih dan seterusnya tidur dengan harapan boleh mimpikan dia.. almaklumlah masing2 jauh..tapi malam tu kepala aku berdenyut lagi minta direhatkan.dan esoknya hampir ke pukul 6 petang aku masih tak sedarkan diri...aku kurang pasti apa yang berlaku saat tu..entah macam mana dan siapa yang membawaku ke hospital pakar putra. bila membayangkan terasa malu pula kerapkali menyusahkan keluarga..namun kasih sayang mereka tak menjadikan semua ni beban belaka. yang penting kesihatan aku.. Hurmmm....hiba rasa hati ni..alhamdulillah ya Allah..

ketumbuhan tu dah mengganggu fungsi saraf aku.dr terpaksa melakukan pembedahan kecemasan untuk membuang ketumbuhan itu..4 hari lamanya aku "tidur" lena..sudut positifnya aku anggap Allah bagi peluang aku qada' tidur aku yang tak cukup dek kerana kesakitan..19 mei aku bangun..terperanjat bila disuapkan dengan jus epal hijau yang sangat masam...ibu kata sebelum2 ni aku cuma bagi reaksi memek muka sedikit kerut2..tapi malam tu aku buka mata..alhamdulillah ibu buat sujud syukur walaupun aku hanya bangun sekejap dan kembali sambung tidur kerana badan tak mampu nak tanggung sakit tu.Memang Allah tu maha penyayang.. Fikirkan segala aturanNya dalam sudut yang positif, tentu saja berbagai hikmah yang kita dapat lihat.. 

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN YANG MAHA PENYAYANG....

20 mei 2013 hampir jam 12, dr memasukan beberapa jenis ubat melalui saluran air yang dipasangkan ke badan aku..hampir 3 jam aku meraung kesakitan. masukkan air pun da cukup untuk buat urat aku terasa bisa apetahlagi memasukkan ubat kimo yang berjaya buat aku hilang kewarasan seketika...hari tu memang cukup memalukan untuk dikenang apabila hampir kesemua dr dan jururawat aku marah akibat kesakitan yang aku tanggung..namun mereka tetap sabar(dalam hati aku tak tahu)..tujuannya nak musnahkan saki baki ketumbuhan yang masih ada..4 jam lamanya aku menangis hingga kelabu rasanya mata ni.dan pekara yang paling menduga aku saat ni bila ibu tiada bersama disisi..

jam 5 petang aku mula lelapkan mata..kesakitan buat aku hampir gila menanggungnya.hidung rasa perit dek kerana darah yang keluar mula mengering.tangan mula pedih.telinga rasa macam bedengung seolah-olah anak buah lepas jerit kat telinga aku.masa tu aku emosi sangat2..dr terpaksa membiarkan aku lelap saja dengan baju yang berdarah akibat kedegilan aku untuk tidak membenarkan sesiapa selain ibu yang menyalinkan pakaian aku.aku emosi.(kalau bukan kerana aku ni ada pertalian dengan Kak Shidah,kompom memang teruk layanan pada aku)..maghrib tu aku bangun bila disuapkan dengan madu..makan memang bukan lagi keinginan aku masa tu..aku cuma nak balik..dan berharap ibu akan kasihan dan menuruti kehendakku..tapi kali ni aku terpaksa akur...beberapa kali aku dengar ibu menangis...entah kenapa dengan ibuku sayang ni.nak bertanya, aku lelah dengan sakitku sendiri.so terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang.

Di sebelah malam,aku kembali meraung tiapkali terpaksa bangun untuk ketandas akibat cirit birit. Maafkan saya ibu, kalau saat tu saya banyak melukakan hatimu dengan jeritan tangis kesakitan...Dan malam tu aku hanya terlelap hampir ke pukul 4 pagi apabila berterusan ibu memberiku air yang dah ibu bacakan surah2 menghapus sel kanser yang pernah dikirim sang guru padaku dulu..Alhamdulillah bila bangun esoknya badan aku terasa semakin lega..Kesan kimo tu hanya sebentar.aku tak pasti kalau2 ada lagi kesan lepas ni..

22 Mei rasa seronok bila dr kata aku boleh balik dan berehat dirumah..Dr menitipkan pesan agar aku dibawa ke hospital dengan kadar segera jika ada berlaku kesan yang ketara. Paling tak best bila dr kata 3 minggu lagi aku harus cheack in ke wad untuk ujian lanjutan seterusnya kimo ke 2 untuk elakkan sel tu kembali mengganas.. tengoklah macam mana nanti..

23 Mei baru aku perasan...kakak takder sama sepanjang rawatan dan juga dirumah.ya Allah...besar sungguh dugaan pada ibu..kakak kene tahan wad akibat muntah darah dan sebelah tangannya tak boleh diangkat akibat demam yang dibiarkan... Dia sedang diujikaji kat hospital tu..Sepanjang malam meleleh air mata aku dalam gelap mencari- cari sebuah kekuatan...semoga cepat sembuh...

Dan hari ni aku da boleh melayan kerenah anak buah yang baru saja balik kampung. Sian Eyas kene marah ngan ibu dia bub ganggu aku..

Ya Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang...redakanlah apa yang ku tanggung ini...Berikan aku kesembuhan..Sesungguhnya hanya padaMu tempat sebaik-baiknya untukku meminta..aamin..







Khamis, 16 Mei 2013

selamat hari guru

GURU MALAYSIA SATU ASPIRASI SATU AGENDA..
itulah tema Sambutan Hari Guru 16 Mei tahun ini..

Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka..dari huruf itulah kita melakar kejayaan demi kejayaan.. aku bukan seorang penyair yang bisa mengarang bait2 kata indah buat tatapan mereka. Namun aku seorang didikan yang sentiasa ingin menzahirkan terima kasihku yang tak terhingga pada mereka yang bernama guru..

BERSENJATAKAN PENA KERAMAT,
BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT,
MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT...
SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT.DAN DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI KERANA SEMEMANGNYA, GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..

Terima kasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang berarti untuk hari depan.
Terima kasih cikgu yang telah membantu kami memahami sebuah realiti kehidupan.
Terima kasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam kegelapan.
Terima kasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada.
Terima kasih cikgu yang tak pernah menyerah membimbing kami menjadi manusia-manusia terhebat
Terima kasih cikgu...
Terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan
Terima kasih kerna curahkan Bukan Sekadar Ilmu dunia malah ilmu bekalan alam akhirat..

Buat yang teristimewa
Allahyarhammah Pn hajah Rosniyati,En Kamarudin , Pn Umi Kalsum, Pn Zaleha, Pn Aisyah, Pn Azia DAN SEMUA GURU DI SK BATU GAJAH,

En Tan Kim Lok, Pn Rasyidah, Pn Hajah Murah Saliman, Pn Safiyah Ahmad, Ustazah Janaria Othman, Pn Noriah Sa'ari, Pn Ruslina Sulaiman, Pn Siti Maslahah Omar,Pn Halimaton, Ustazah Zakiah, Ustazah Rosmaliza dan semua guru di SMK DANG ANUM,

DR. Parveen, DR. Husni, Prof Masyitah, Dr Aisyah,Miss Yusni,Miss Juwita dan SEMUA PENSYARAH KOLEJ LAGENDA MANTIN (INTITUTE TECHNOLOGY PERTAMA),

SEMUA GURU DI INSTITUT DARUL QURAN,

BARISAN TENAGA PENGAJAR UITM,

PENSYARAH  U S M- Ucapan Selamat Hari Guru Teristimewa buat PN Nurul Aini, Pn Rozita Mohd Ghazali Ustazah Shahrizah Husin, Miss Nadiha Kassim, En Azman Noor,

DAN BUAT SEMUA GURU YANG TAK TERSEBUT DAN SEMUA GURU YANG PERNAH MENCURAHKAN ILMU PADA DIRI INI...DOA KUKIRIMKAN AGAR SENTIASA DIDALAM LINDUNGAN DAN RAHMAT ILLAHI SENTIASA..

anda adalah guru yang terhebat !!!terima kasih cikgu!!


Selasa, 7 Mei 2013

DOA BUAT AYAH..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

AL-FATIHAH BUATMU JUNJUNGAN NABI KITA MUHAMMAD S.A.W.  KAUM KERABAT BAGINDA, SERTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG TELAH PERGI MENDAHULUI KITA..


AL-FATIHAH BUATMU AYAH...







sedar tak sedar da masuk tahun ke-4 dah ayah pergi tinggalkan kami semua..

namun terasa bagai baru sekejap dia bersama kami..
hari ni genap dah 4 tahun...ayah pergi dalam tahun yang sama dengan nenek..bezanya nenek bulan satu, ayah bulan 5..pusara pun dekat2 je..

aku masih ingat ayah dulu selalu mengadu sakit...bila balik kerja, dia akan minta supaya ibu mengurutnya.kadang2 aku pun urut ayah...ayah kata lepas aku urut sakitnya hilang..manja sungguh aku.kembang kempis hidung ni bangga bila ayah puji...slalu la tunggu ayah panggil mintak urutkan..


tapi keadaan tu tak bertahan lama..ayah makin sakit dan angah bawak p hospital..dr kata takde ape2...seminggu lepas tu ayah sakit lagi teruk.kali ni kami bawa ayah ke hospital untuk fully medical cheack up. dr family buat cheack up sungguh2..dan keputusan amat memeranjatkan...


astaghfirullahalazim...ayah ada kanser..tahap 4 pulak tu..

personaliti ayah makin berubah..ayah semakin pendiam..aku pulak semakin takmau dekat sebab aku takut kehilangan ayah...ayah selalu kata dia takder ape2..makin lama aku percaya ayah takde ape2 bila dia hidup macam orang yang tak sakit lansung...itulah ayah.dan aku kembali senyum...bergurau mesra macam takde ape2..

masuk bulan mac ayah dimasukkan ke hospital..kali ni lama...aku tak berpeluang lagi nak manje2 atau ajak ayah main carom lagi macam dulu.ataupun ajak ayah p laut mancing ikan..atau ajak ayah main badminton walaupun aku hampir2 dapat kalahkan ayah.ayah sangat hebat dalam banyak hal.setakat ni,tak sorang pun anak2 dia mampu lawan kecekapan dan kebijaksanaan dia walaupun berkali2 aku kata "tengoklah...nanti ayul menang gak.."  sebulan lebih ayah masuk wad...dr bgtau ayah tak boleh dirawat lagi...ayah nak balik....kami bawa ayah balik...


kanser ayah merebak dah...ayah mula hilang ingatan...aku orang pertama yang perasan..masa tu ayah kata

"ada perempuan baju merah (ibu) tu buatkan ayah air la..cakap terima kasih kat dia"
aku pun panggil ibu..masa tu aku tak yakin sangat..aku bgtau ayah..
"ni ibu la yah"
ayah senyum je...makin lama makin teruk ingatan ayah...aku slalu layan ayah cakap..ayah mintak aku doakan dia sembuh..in the same time aku ajak ayah p hospital semula sebab badan dia da lemah..kami semua da pujuk tapi ayah taknak.masa ni ayah merajuk kat aku..bila aku pakse ayah makan ubat.aku terpaksa..aku taknak tgok ayah sakit..

dekat2 penghujung april tu ayah lansung da tak boleh nak bangun...

aku ingat  lagi satu hari tu, ayah mintak aku bangunkan dia..mana la aku kuat..tapi ayah nak bangun juga.last2 aku tolong.tapi terjerit2 aku panggil ibu sebab aku tak kuat n takut ayah jatuh..masa tu muka ayah da biru.nafas dia perlahan sangat.masa tu dia pengsan.dengan segala kudrat yang ada aku letak ayah kat sofa...ayah bersandar...kebetulan pak tam sahar datang...

masa tu aku da nangis2 da takut tengok ayah...tak lama pastu ayah bangun..kami angkat dan baringkan semula.kami semua da nangis2...


2 mei 2009 ayah sakit sangat..terpaksa call ambulance bub ayah da nazak sangat...meleleh airmata ayah taknak ke hospital..tapi kami semua nak ringankan penderitaan ayah..aku yang tahu banyak tentang prosedur hospital ikut sama.aku akan pastikan ayah tak disakiti seperti sebelum2 ni..mujur ada sepupu berpangkat JUSA A..mudahlah prosesnya...esoknya mak minta bawak balik sebab mak da dapat tanda2 ayah nak p da...


hari kami balik tu ayah tenat sekali lagi...bacaan yasin dari kami semua memenuhi ruang sedang angah membisikkan kalimah syahadah tak henti2 ke telinga ayah..esak tangis memenuhi ruang dengan saudara mara yang makin ramai..tapi malam tu ayah kembali ok..alhamdulillah...semua orang baring keliling ayah kecuali aku.adik2 ajak ayah nyanyi...dan mereka nyanyi lagu nasyid..masa tu aku dengar ayah kata

 "tak pernah dengar pun lagu ni"
aku menangis...aku duduk termenung di sebalik dinding..
kat situ lah aku tertidur dan dalam tidur pun airmata aku tetap mengalir...

khamis 7 mei 2009

agak lama ayah sakit petang tu...tangisan kami memenuhi ruang..mata ayah tak bercahaya lagi...kalimah Syahadah tak putus2 diajarkan di telinganya.tangan ayah aku genggam erat...dan akhirnya ayah pergi jua menyahut seruan Illahi setelah ibu minta kami semua redhakan pemergian ayah...masa tu nadinya masih berdetak (memang orang baru meninggal nadinya akan berdetak lagi untuk seketika)..aku tak boleh terima kenyataan..maklang tarik aku sambil cuba menenangkan aku saat tu. orang pertama aku hubungi adalah Dr Roshidah Baba..anak buah kesayangan ayah...

setelah maklumkan kenalan jauh dekat ayah, kami semua duduk bacakan yasin..ibu?

ibu tak nangis lagi..da puas dia nangis tengok ayah derita..dan dia tabah terima suratan Illahi..malam tu ibu temankan ayah tanpa berganjak sket pun.sebab masa tu ibu tak boleh nak bacakan yasin.

dan pagi sebelum solat jumaat tu ayah disemadikan..


ayah, kiriman doa ayul titipkan tanda ingatan yang tak pernah luntur dihati..ayul sayang ayah sangat2...


MOGA AMANLAH DIKAU DISANA...YA ALLAH YA TUHANKU...LINDUNGILAH AYAHKU DISANA DENGAN KASIH SAYANGMU YA ALLAH..SESUNGGUHNYA KAU LAH TEMPAT SEBAIK-BAIK TEMPAT UNTUKKU MEMINTA..AAMIN YARABBAL ALAMIN...

Isnin, 6 Mei 2013

amek kau!!nah baca ni...

amek kauRahsia bola hitam & putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki. Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"
Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu
tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih. Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih untuk kesekian kalinya.Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. 
"trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak
tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.
Nak buat apa lagii...fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek
anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai
seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami
telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya
Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu
beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola
putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu
sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang
baik." Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA
PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI
BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan ...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan
masanya sudah hampir tiba....

"sebabnya ....saya.. saya... saya...."
Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih. Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat aku. 


P/S :
Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan ...Hehehehe

Ahad, 5 Mei 2013

"Ya aiyyuhallazina tautmainna qulubuhum bizikrillah"

"Jika kita merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras kita sudah berusaha. Ketika kita sudah menangis sekian lama dan hati kita masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmata kita.Jika kita fikir bahwa hidup kita sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-sama kita . Ketika kita merasa sendirian dan teman-teman kita terlalu sibuk untuk menelefon kita... Allah sentiasa berada di samping kita. Ketika kita fikir bahwa kita sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya. Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kita merasa tertekan... Allah bersama kita untuk menenangkan kita. Jika tiba-tiba kita dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepada kita .Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kita merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkati kita. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kita dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepada kita. Ketika kita memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka mata kita dan memanggil kita dengan namamu Sahabat-Sahabatku…."

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kita atau ke manapun kita berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di samping kita………….

"Ya aiyyuhallazina tautmainna qulubuhum bizikriLLAH"(wahai org yang beriman hati2 mereka akan menjadi tenang dengan mengingati ALLAH

Sabtu, 4 Mei 2013

teringin...

Menolak clinical trials bukan bermakna aku menolak segala ikhtiar. Aku nak terus hidup. Tak mahu mati sia-sia. Tapi berilah ruang untuk aku atur semula perjalanan hidup yang berbaki ini. Kita cuba satu-satu. InsyaAllah, mudah-mudahan sempat bertemu penawarnya. Buat seorang guru yang dulu marah dengan sikap dan tindakan aku akhir-akhir ini, yang pada matanya nampak seperti aku dah berhenti berharap, maafkanlah aku. Diamlah selama mana yang kamu mahu. Jauhkanlah diri kalau kamu rasa itu perlu. Kalaulah kamu dapat lihat apa yang aku terpaksa lalui hari-hari, dapat rasa kesakitan dan kepayahan yang terpaksa aku tahan, mungkin kamu boleh faham kenapa aku tak mampu untuk jadi sekuat dulu.

Hidup ini, seperti yang dijangka, tak semudah yang kita harapkan. Apa yang kita rancang mungkin tak sama dengan yang Tuhan sediakan. Semua orang nak cari bahagia. Ada waktu-waktunya akan datang juga derita. Apa yang aku dah tak mampu lakukan dan nak capai sekarang, aku dah lepaskan dengan rela untuk sementara waktu. Tapi aku akan sentiasa mendoakan sahabat-sahabat aku dapat mengejar dan mencapai apa yang mereka rancangkan. Untuk mencari ilmu setinggi yang boleh, untuk melihat dunia sejauh yang mampu, dan untuk bahagia di sisi mereka yang mampu membahagiakan. Satu-satunya perancangan aku sekarang ialah untuk bertahan selama mungkin. Kalau itu aku mampu lakukan, barulah boleh cari bahagia yang lain..dengan mereka yang aku sayang dan dengan perkara yang aku suka.



Live life to the fullest. Harapan sentiasa ada. Nasihat yang kerap aku terima daripada seorang guru. Manfaatkan hidup sebaik-baiknya. InsyaAllah aku akan cuba. Payah, tapi tak mustahil. Maafkan aku kerana terlalu banyak bergantung kepadamu, insan mulia yang Allah hadirkan dalam hidup aku. Daripada sekecil-kecil pertolongan hinggalah sebesar-besar bantuan. Malu kerana kerap menyusahkan. Terima kasih semuanya. Untuk orang biasa macam aku, dapat bersahabat dengan insan sebaik itu, adalah satu nikmat dari Tuhan yang sangat-sangat aku syukuri. Sarang-hae yo..lillahi ta'ala.


Ada sesuatu yang aku begitu teringin nak lakukan..namun aku tak berani nak suarakan...life is just not all about me..bimbang jika membebankannya lagi.. Namun aku percaya...Allah akan memberiku jalan nanti...


Jumaat, 3 Mei 2013

hakikatnya...

Sakit itu ujian. Sakit itu penghapus dosa. Dah lama aku menerima hakikat itu untuk menenangkan hati (walaupun tenangnya hanya bentar). Moga-moga sakit berpanjangan ini akan menghapuskan seberapa banyak dosa yang ada pada diriku. Seperti hilangnya karat daripada besi. Aku dah tak mampu sebenarnya menahan kesakitan ini. Terpaksa lebih banyak berpura-pura kuat di depan orang. Perasaan pun makin cepat tersentuh. Airmata makin tak dapat ditahan. Kalau dibiarkan, bakal menjejaskan hubungan aku dengan insan-insan yang aku sayang.

Aku tak mampu bercerita kepada semua orang tentang keadaan aku sekarang. Berilah aku masa untuk berterus-terang. Kalau aku seakan menjauh, bukan kerana ada perkara yang tidak menyenangkan berlaku antara kita. Tapi kerana aku tak dapat memandang wajah-wajah bahagia itu di hadapan bayang kematian aku sendiri. Cuba untuk melepaskan wajah-wajah itu perlahan-lahan.
rindu kat pelukan semangat ibu...

Tapi perjalanan hidup tetap diteruskan. Kalau pun berhenti seketika, sekadar untuk melepaskan lelah sebelum bertemu rehat yang panjang. Cerita aku cuma sebuah cerita kecil dalam dunia yang besar ini. Cerita orang biasa yang sentiasa percaya akan cantiknya kerja Allah dan setiap perkara yang diaturkan olehNya dalam hidup aku. Cerita yang makin lama akan dilupakan. Terlalu kecil untuk menjadi sejarah, tapi cukup berharga untuk menjadi kenangan.

Khamis, 2 Mei 2013

Emosi seorang pesakit



"I'm sorry, but there's nothing more we can do."

Ayat yang tiada seorang pesakit pun dalam dunia ni ingin mendengarnya. Dan tiada seorang doktor pun dengan senang hati mahu melafazkannya. Tapi itulah yang perlu dilalui oleh si pesakit dan keluarganya bilamana sakitnya sudah sampai ke tahap akhir (terminal stage). Tapi, betul ke memang tiada apa yang boleh dilakukan? Tiada harapan untuk penawar yang mujarab bukan bermakna tiada harapan langsung. That's why clinical trials continue. Cuma mati yang tiada ubatnya...kan?

"We'll help you to live with this as long as possible, as well as possible."

I don't care how long I'm expected to live now..for years or for months or just for days. I just want to live my life to the fullest. But I have to admit, hearing distressing news about your condition makes it hard to keep straight..even for the most intelligent and organised person in the world.

Bila berdepan dengan doktor, kita seharusnya bertanya sebanyak mungkin tentang status dan perkembangan penyakit kita, sampai kita betul-betul jelas dan faham. Walaupun soalan tu kedengaran bodoh atau berulang kali kita tanyakan soalan yang sama. Sebab itu hak kita, dan nyawa kita yang sedang kita risaukan.

Once you've learned about your diagnosis and prognosis, you will have to share the news with others. For me, this is the hardest part. But it's the most necessary. Percayalah..kita tak akan mampu tanggung semuanya sendiri. Some people feel better when they tell everyone. Others like to keep it as private as they can. No matter who you tell, be sure that the people you most rely on are included in the circle of those who know what's going on and what you're feeling. But again, it's not easy. Tak mustahil orang yang paling kita kasihi dalam dunia ni bakal jadi orang yang terakhir tahu tentang keadaan kita. Bukan kerana membelakangi mereka, tapi kerana hati orang yang paling dikasihi itulah yang paling ingin kita jaga.


Ada banyak cara dan pendekatan untuk kita khabarkan ujian Tuhan ni kepada keluarga dan kawan-kawan. Antaranya (berdasarkan pendekatan aku dan respon dalam forum yang aku sertai):
Sit together and tell the truth in a very appropriate manner.
Kalau tak mampu bertentang mata, telefonlah. Tapi top-up banyak-banyak dulu sebab perbualan tu pasti akan mengambil masa yang lama.
Kalau tak mampu juga, mintalah seorang kawan atau ahli keluarga untuk menyampaikannya.
Sentiasa update perkembangan kesihatan kita dengan orang yang kita percaya dan sangat kita perlukan.
Create a website or blog, to share your journey and express your feelings.
Post updates on Facebook, Twitter etc..

"Why me?"

Soalan yang rasanya wajib berlegar dalam kepala kebanyakan pesakit kanser saat kita disahkan menghidapnya. Mungkin ada yang rasa hidup ni tak berlaku adil kepada kita. Mati. Pasti itu yang terlintas di fikiran, lebih-lebih lagi bila takdir dan kecanggihan perubatan sudah tidak berpihak pada kita. How can you make the most of your remaining time? Kita mungkin tak mampu lagi merancang masa depan yang terlalu jauh seperti masa kita sihat dulu. Tapi sekurang-kurangnya kita perlu rancang apa yang kita ingin lakukan dengan baki hayat yang ada. Bagaimana dan dengan siapa kita akan habiskan hari-hari akhir hidup kita.

Selagi bernafas, hidup mesti diteruskan. Orang Islam yang beriman tidak akan menyerah segala-galanya pada takdir. Tidak akan berserah bulat-bulat kepada Allah tanpa berusaha.Kalau sampan sudah di tengah air, takkan kita nak tengok sahaja pendayung yang ada. Kalau pun pendayungnya sudah jatuh ke dalam air, takkan kita nak mengharap sahaja pada angin untuk membawa kita ke tepi. Aku akui, ada waktu-waktunya aku juga ingin berhenti berharap. Bila dalam kesakitan yang amat sangat, kadang-kadang kita mengharap Allah ambil sahaja nyawa kita sebab sakit itu terlalu berat untuk ditanggung. Tapi, beristighfarlah sebanyak-banyaknya dan bila kesakitan itu sudah berkurang, bersyukurlah kerana Allah masih mengizinkan kita untuk terus bernafas dan bertaubat.

Fikirlah sedalam-dalamnya apa yang paling penting pada kita sekarang. How do I like to spend my time? What makes a good quality day for me? Apa yang aku nak sangat buat sekarang, tapi tak mampu aku lakukan kerana kesakitan yang menghalang? Tanyalah pada diri. Kita mungkin tak mampu capai semua yang kita rancang. Tapi seperti yang pernah aku katakan pada seorang sahabat; tak dapat buat sikit, jangan tinggal semua. Kadang-kadang orang sakit ni cuma nak buat benda-benda biasa yang selalu dibuatnya dulu ketika sihat. Tengok pokok-pokok bunga yang ditanam, keluar makan simple food dengan kawan-kawan, main chess kat taman, duduk saja-saja kat bangku sambil tengok orang lalu-lalang, pandu kereta sambil tengok lampu waktu malam. Bring back those things you've lost. People do have to give up a lot of things when they are ill, but if you fight the pain, a lot of those things you enjoy are attainable again.

Semuanya ini sekadar pendapat aku berdasarkan pengalaman. Aku bukan orang yang sangat kuat dan tabah, tapi aku juga bukan orang yang lemah dan hanya mahu berserah. Memilih untuk hidup bukan bermakna kita menolak kematian. Kalau orang lain bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang, kita juga harus bersyukur diberi Allah ingatan tentang baki hayat yang ada, supaya kita lebih bersedia untuk bertemuNya dan daripada terus leka menongkat dunia. Masa hidup ni bolehlah kita mendongak ke langit. Tapi di Padang Mahsyar nanti, mungkin kita tak mampu untuk mengangkat kepala sekali pun.


Ya Allah..
Ampunilah dosa juga kesalahan kami
Berilah petunjuk terhadap semua urusan kami
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Engkaulah Penguasa kepada para perawat
Dan Penguasa kepada semua kesembuhan
Anugerahkanlah kepada kami, Ya Allah
Kesembuhan dan penawar daripada sakit ini
Sembuhkanlah...Ya Allah
Sembuhkanlah...Ya Rahman
Sembuhkanlah...Ya Rahim
Dengan rahmatMu wahai Tuhan
Yang Maha Perkasa lagi Maha PengampunWahai Tuhan yang Memelihara
Dan mentadbir sekalian alamAmin Ya Robb..

i miss u...






“Nora, cuti merdeka ni Nora balik kampung ke?”

“ye. Itu pun tiba-tiba je. Kawan satu kampung bagi tiket dia.”

“ Ohhh..yul tak kemana.stay sini je.”

“ Yul nak ikut Nora balik tak?”

Kata-kata Nora membuatkan Nurul berfikir seketika.

“ada tiket ke?”

“ Alah. Tiket habis.”

Nora mengerutkan dahinya. Ada riak hampa pada wajahnya.

“Takpelah. Raya nanti yul ikut Nora balik ek.”

Nurul cuba menyedapkan hati Nora.

“ye ke? Yul janji tau.”

Ternyata Nora amat senang dengan kehadiran Nurul dalam hidupnya.


Air mata tumpah lagi untuk kesekian kalinya. Kenangan demi kenangan muncul diteratak hatinya yang usang. Hujan gerimis dikala itu seolah-olah turut merasai kehilangan teman yang tersayang. Nurul kehilangan bicara. Mindanya kembali menyusuri nostalgia lama.


“Nora dengan Nurul.apa kata kita gabungkan.”Pandangan dilontarkan pada Nurul.

“Nura?”

Nora menggelengkan kepala. Suasana bilik sunyi seketika.

“ hah! Nolayul..”

Nora yang sedang leka, terperanjat. Hampir saja dia jatuh katil.

“ hahahahaha”

Keduanya tergelak sama. Seketika kemudian, nama itu meniti atas bibir Nora.

p/s: petikan dari novel sulungku "DENDAM YANG TERLERAI "

~BETAPA AKU MERINDUI YANG NAMANYA SAHABAT ITU...ALFATIHAH BUATMU NORA..I JUST WISH U WERE HERE WITH ME DAN ANDAINYA MASA TU BOLEH DIUNDUR, AKU AKAN PASTIKAN IANYA DIPENUHI DENGAN KENANGAN-KENANGAN YANG BAKAL KITA CIPTAKAN~

Rabu, 1 Mei 2013

MIMPI....

Hurmmm ape yang aku boleh ingat malam tadi aku bermimpi..bertemu dengan seorang guru yang berkali2 menyatakan terima kasih pada aku..tapi aku tak pasti atas sebab apa...raut wajahnya pun aku tak berapa nak kenal...yang pasti masa tu dia da selamatkan aku dari jadi mangsa fitnah manusia durjana...

Siapa dia ek?

arggghhh mimpi cuma mainan tidur...tapi kenapa aku begitu merindukannya...mungkinkah dia along????