Jumaat, 13 Disember 2013

NOTA DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (BUILDING SERVICES)

BUILDING SERVICE CHAPTER 1   -ELECTRICAL INSTALLATION IN BUILDING

BUILDING SERVICE CHAPTER 2   -FIRE PREVENTION AND PROTECTION

BUILDING SERVICE CHAPTER 3   -MAINTENANCE WORK

BUILDING SERVICE CHAPTER 4   - DEMOLITION WORKS

BUILDING SERVICE CHAPTER 5   -AIR CONDITIONING SYSTEM

BUILDING SERVICE CHAPTER 6 (LIFT)   -TRANSPORTATION SYSTEM IN THE HIGH RISE BUILDINGS

BUILDING SERVICE CHAPTER 6 (ESKALATOR)   -TRANSPORTATION SYSTEM IN THE HIGH RISE BUILDINGS

Selasa, 26 November 2013

Aku Sayang Kamu

Kung na saan ka..
(dimanakah kamu?)

Sana ay naroon ako
(aku berharap untuk berada disana bersamamu)

Ang mahalin ka Yun ang ligaya ko 
 (mengasihimu adalah kebahagiaanku)

Dito sa aking puso May munting paraiso 
(disini..dihatiku ada syurga )

Naghahari pagmamahal At ang pag-ibig mo 
(ada pemerintah cinta dan ianya cintamu)

Mahal kita, walang hanggan 
(cinta kita cinta yang tidak berkesudahan)

Iibigin ka, ikaw lamang 
(cinta kamu dan hanya kamu)

Itatangi ko magpakailanman 
(aku takkan pernah melupakan)

Hinding-hindi ka iiwan 
(dan kamu takkan pernah meninggalkannya)

Mahal kita ang langit ko 
(cinta kita, aku menyukai langit)

Ang puso ko'y tanging sa'yo 
(hatiku sentiasa berkata-kata)

Sa aking pangako 
(tentang janjiku)

Sana'y umasa ka 
(aku mengharap kau mengharapkannya)

Mahal kita, mahal kita
(aku mencintaimu, aku mencintaimu)

Wala nang iba...
(tiada yang lain)

Ahad, 17 November 2013

PROF DR MUHAYA-MANUSIA IBARAT BUKU

Cover depan adalah tanggal lahir.
Cover belakang adalah tanggal kematian.

Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan.

Ada buku yg tebal,
ada buku yg tipis.

Ada buku yg menarik dibaca,
ada yg sama sekali tidak menarik.

Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di'edit' lagi.

Tapii hebatnya,
seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat. 📃

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin,
Allah SWT selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya.
Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkanNYA. ⌛

Terima kasih Allah SWT utk hari yg baru ini...

Syukuri hari ini....
dan isilah halaman buku kehidupanmu dgn hal2 yg baik semata.

Dan, jangan pernah lupa, untuk selalu bertanya kepada Allah SWT, tentang apa yang harus ditulis tiap harinya.

Supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita dapati diri ini sebagai pribadi yg berkenan kepadaNYA.

Dan buku kehidupan itu layak untuk dijadikan teladan bagi anak2 kita dan siapapun setelah kita nanti.

Selamat menulis di buku kehidupanmu,
Menulislah dengan tinta cinta dan kasih sayang, serta pena kebijaksanaan..

Sabtu, 20 Julai 2013

BuKaN iNi YaNg aKu MaHu...

Dr : Maaf..siapa penjaga sah dia?

Ibu:Saya dr.

Dr : Maaf terpaksa beritahu hal ini. Dia mengalami komplikasi yang mana keadaan dia sukar diramal.saya minta agar dia tak dibebankan dengan apa-apa masalah.dia mungkin akan strok.lebih membimbangkan lagi, mungkin juga dia mengalami kegagalan saraf sepenuhnya dimana dia tidak akan mampu mengawal pegerakan anggota badan dia..

Ibu:Tapi dr, keadaan dia baik-baik saja kebelakangan ni..

Dr : Gangguan pada saraf terutamanya saraf otak boleh berlaku bila pesakit mengalami tekanan yang tak dikawal dengan baik. Tekanan ni menyebabkan urat disekitar kawasan yang terlibat akan membengkak sekaligus menghalang pergerakan darah. Pesakit akan merasa sejuk, sukar bernafas, dan akan mengalami kegagalan demi kegagalan yang menyebabkan pesakit mengalami pendarahan samaada telinga atau hidung.pesakit akan bertambah lemah bila kurangnya oksigen sampai ke otak.keadaan ini boleh mnyebabkan pesakit koma.

Ibu:Takda cara ke yang boleh bantu dia dr?

Dr. : Jika puan setuju kami akan aturkan satu pembedahan.puan perlu menandatangani borang lepas tanggungjawab kerana risiko pembedahan yang amat tinggi.kita hanya mampu berusaha.selebihnya kita serahkan pada Tuhan.

ibu : Peluang untuk anak saya sembuh dr?

Dr. : Seperti yang saya beritahu, risiko pembedahan ini tinggi. Pesakit mungkin lumpuh, koma atau lebih parah lagi meninggal dunia. Selebihnya bergantung pada keadaan pesakit itu sendiri.

ibu:................(termenung)

Dr. : pesakit perlu disedarkan semasa pembedahan berlangsung kerana ia untuk membolehkan pemotongan maksimum sambil memastikan tidak ada kecederaan ataupun hanya kecederaan minimum berlaku kepada tisu otak yang normal.Ini juga katanya bagi menentukan pesakit tidak mengalami kehilangan fungsi yang boleh menjejaskan pesakit.Cara terbaik untuk memastikan pesakit tidak mengalami kerosakan fungsi tubuh badan akibat pembedahan itu ialah melalui maklum balas daripada pesakit sendiri.Ini tidak dapat diketahui jika pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri Dr Rozita Ghazali berkata pesakit akan ditanya beberapa soalan dan disuruh untuk melakukan beberapa perkara yang mudah semasa ketumbuhan dipotong.Ini bagi melihat sama ada bahagian otak yang mengawal fungsi itu tidak mengalami kerosakan akibat pembedahan yang dibuat.Perubahan fungsi yang dikawal oleh bahagian otak itu diperhatikan dengan rapi. Jika terdapat perubahan yang negatif pada fungsi dan reaksi pesakit, pembedahan akan dihentikan.Walaupun terdapat teknologi MRI yang dapat mengesan, di mana lokasi ketumbuhan, tetapi ia masih belum cukup tepat.Dengan hanya berpandukan imbasan MRI pembedahan boleh diumpamakan seperti meredah kawasan yang penuh dengan perangkap samar.Sebarang kerosakan kepada bahagian ini, walaupun cuma satu milimeter, boleh menyebabkan pesakit terpaksa hidup dengan kecacatan yang hakiki.Dr Rozita kata Walaupun imbasan MRI dapat menunjukkan bahagian pertuturan dan pergerakan, ia mungkin tidak menunjukkan bahagian yang penting dengan tepat.
Oleh itu pemetaan otak dibuat dengan rangsangan elektrik kepada otak semasa pesakit sedar. Ini ialah cara yang paling berkesan bagi melindungi saraf, kata Dr Rozita.
Otak tidak mempunyai sistem penyembuhan sendiri, jadi jika mana-mana bahagian mengalami kerosakan, ia tidak akan pulih atau tumbuh kembali.Pesakit akan diberi anestesia am sebelum pembedahan dimulakan untuk melalikannya. Pakar bedah akan memulakan pembedahan dengan membuka tempurung kepala untuk sampai kebahagiaan otak.Pesakit perlu menerima bius kerana kulit kepala dan perikranium (tisu yang menyelaputi tempurung) berasa sakit sementara otak tidak mempunyai deria sakit. Selepas tempurung kepala pesakit dibuka, anestesia dibalikkan, menyebabkan pesakit terjaga.Selepas pemotongan ketumbuhan dibuat, pesakit dilalikan semula, untuk menutup kembali tempurung kepala.Oleh sebab pembedahan itu agak menggerunkan bagi pesakit, mereka diberi kaunseling yang terperinci, sebelum pembedahan dilakukan.

Ibu: beri kami sedikit masa dr...(tunduk memandang lantai)


AKU HANYA MENDENGARNYA DARI JAUH..MENGIYAKAN TAK, MENIDAKKAN PUN TAK.APA AGAKNYA YANG IBU FIKIRKAN?BUNTUKAH DIA DENGAN KEADAAN YANG MELANDAKU? YA ALLAH, BESAR SUNGGUH UJIAN BUAT IBUKU ITU.KASIHANILAH DIA..JANGAN DIBERATKAN LAGI BAHUNYA UNTUK MEMIKUL BEBAN INI SENDIRIAN..DAN SEPERTI BIASANYA DIA AKAN BERITAHU AKU APA YANG PERLU..YANG BOLEH MENJATUHKAN SEMANGATKU ITU DISIMPAN RAPI-RAPI DI POKET KEIBUANNYA...KASIH SUNGGUH DIA PADA ANAKNYA YANG DEGIL INI KAN??MAAFKANKU IBU..KEBAHAGIAAN ITU BELUMPUN MAMPU KUHADIAHKAN BUATMU.....

Jumaat, 19 Julai 2013

Salahkah Aku?


Hari ni aku memilih untuk memaklumkan penasihat akademik aku tentang sesuatu yang bakal ku lalui nanti.its almost done bila dia bersetuju nak jumpa aku sebelum 2.30 pm.tapi aku sedikit kecewa bila aku sampai, hanya beberapa dokumen aku yang di sahkan dan selebihnya dia minta aku maklumkan saja lain kali..

Aku nak bgtau 14.8 ni dr nak buat kimo ke-2..selalu dia kata dia kecil hati ngan aku..sebab segalanya dia tahu lewat dari orang lain. Actually sikap dan layanan dia buat aku tak terasa begitu selesa...setiap kali aku bertemu dengannya aku terasa sangat-sangat kerdil..terasa sanngat-sangat kekurangan.Apa yang aku mampu lakukan adalah mengelak.Mengelak agar simpatinya tidak mematahkan lagi semangatku...

Dan satu-satunya ayat yang aku tak boleh nak lupa bila dia kata "SAYANG SUNGGUH PUAN NURUL PADAKU.." confirm dia cemburu...sebab sebagai PA, tak banyak yang dia tahu mengenaiku..kecilkah hati dia denganku?



Isnin, 15 Julai 2013

jangan marah padaku Ya Allah...

ramadhan ke-6...alhamdulillah keadaan ku bertambah elok..

Allah kata bagi yang tak mampu, digalakkan berbuka dan haram bagi mereka yang berpuasa  jika berpuasa itu memudaratkan dirinya. ya Allah maafkan aku ya Allah.Aku tak berniat ingin memudaratkan diriku..aku cuma mahu menunaikan ibadah puasa ku kali ini dengan sebaik-baiknya..aku tak pasti jika masih ada ruang dan kesempatan untukku berpuasa lagi..aku tak tahu sama ada aku akan bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang..

Ya Allah ya Tuhanku...
Berikanlah aku kesempatan ini..kesempatan untukku berpuasa penuh...kesempatan untuk mencari istimewanya ramadhan kali ini.

Selasa, 9 Julai 2013

sehari sebelum ramadhan


IBADAT PUASA

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ."

"Sesiapa mengerjakan sembahyang malam dalam bulan Ramadhan, sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu" (1)


"Qiamullail" (sembahyang malam) yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah menghayati tiap-tiap malam bulan Ramadhan dengan sembahyang-sembahyang sunat - terutama sembahyang tarawih.


Hadith ini menerangkan kelebihan atau fadhilat sembahyang tarawih serta balasan baik yang akan dikurniakan oleh Allah Taala kepada orang-orang yang mengerjakannya dengan ikhlas dan sempurna iaitu mengampunkan dosanya yang telah lalu.


Kalimah "tarawih" ialah kata jama' dari perkataan "tarwihah" yang bermakna berhenti rehat, kerana orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawih akan berhenti sebentar pada tiap-tiap kali mereka selesai mengerjakan empat rakaat dengan dua salam.


Mereka melakukan yang demikian sebanyak lima kali sepanjang dua puluh rakaat tarawih yang termaklum.


Sembahyang tarawih sunat hukumnya untuk dikerjakan oleh kaum lelaki dan kaum perempuan.


Boleh dikerjakan di rumah dengan seorang diri atau dengan berjamaah. Tetapi lebih afdhal dikerjakan dengan berjamaah di masjid atau di surau.

_____________________

1. Hadith Sahih, riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a. (Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi, 6:39).



Asal Mulanya Sembahyang Tarawih

Asal mulanya diterangkan dalam hadith yang berikut:
61- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ فَلَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ. (رواه البخاري)

61- Dari `Aisyah r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. - pada suatu malam (dalam bulan Ramadhan) ketika jauh malam telah keluar (1) lalu sembahyang di masjid dengan diikuti oleh beberapa orang lelaki sebagai makmum. Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersembahyanglah bersama-sama Baginda.


Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu bertambah ramai orang-orang hadir di masjid pada malam yang ketiga. Rasulullah s.a.w. pun keluar ke masjid lalu sembahyang dengan diikuti oleh sidang jamaah.


Setelah sampai malam yang keempat, penuh sesaklah masjid dengan sidang jamaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan sembahyang subuh. Setelah selesai sembahyang, Baginda mengadap orang ramai lalu (memulakan ucapannya dengan memuji Allah Taala dan) mengucap syahadah, kemudian Baginda (menerangkan sebabnya Baginda tidak datang ke masjid untuk mengerjakan sembahyang tarawih bersama), sabdanya:


"Amma Ba'du, sebenarnya tidak terlindung kepada Aku tentang kedudukan kamu (sebagai orang-orang yang taat dan suka berbuat kebajikan), tetapi Aku bimbang bahawa (sembahyang tarawih) itu


akan difardhukan atas kamu(2), maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya."


(Imam al-Zuhri, salah seorang rawi hadith ini berkata): "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w sedang perkara (sembahyang tarawih) itu berkeadaan demikian" (tidak dikerjakan dengan berjamaah).(3)


(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)


Semenjak itu sembahyang tarawih tidak dikerjakan dengan berjamaah di masjid tetapi masing-masing mengerjakannya dengan bersendirian, sama ada di rumah atau di masjid.


_______________________

1. Rumah Baginda s.a.w. berdekatan dengan masjid.

2. Yakni Baginda bimbang akan turunnya wahyu yang mewajibkannya. Dalam sebuah hadith yang lain Baginda menyuruh orang ramai supaya mengerjakan sembahyang sunat pada waktu malam di rumah masing-masing.

3. Fath al-Bari (5:158)
Keadaan ini berjalan terus sehinggalah dalam zaman Saiyidina Umar r.a., baharulah sembahyang tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah di masjid menurut seorang imam yang telah dilantik oleh Saiyidina Umar sendiri seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:


62- عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ قَالَ خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ. (رواه البخاري)

62- Dari Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: Pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba (kami) dapati orang ramai (di situ) berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang sembahyang seorang diri, ada pula yang sembahyang lalu diikuti oleh beberapa orang.


(Melihatkan yang demikian) Saiyidina Umar berkata: "Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amatlah baiknya."


Kemudian ia mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab.


Setelah itu, saya mengiringi Saiyidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang sembahyang berimamkan imam mereka (yang tersebut).


(Melihatkan yang demikian) Saiyidina Umar berkata: "Amalan ini satu perbuatan bid'ah yang baik ..."(1)


(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)


Menurut huraian ulama' rahimahullah, bahawa kalimah "bid'ah yang baik" yang disebutkan oleh Saiyidina Umar r.a., ialah arahannya mengenai "sembahyang tarawih dengan berjamaah" setelah ia menjadi khalifah Islam.


Dalam hadith ini diterangkan: Pada suatu malam Saiyidina Umar bersama-sama dengan seorang pengiringnya telah pergi ke masjid Nabi s.a.w. di Madinah, lalu dilihatnya orang ramai sedang mengerjakan sembahyang tarawih dengan berpecah-pecah kepada beberapa kelompok di sana-sini. Ada yang sembahyang seorang diri, ada dua tiga orang yang menurut seorang imam dan ada pula yang lebih daripada itu menurut imam yang lain.


Melihatkan yang demikian, Saiyidina Umar pun mengarahkan mereka semuanya supaya menurut seorang imam yang dilantik olehnya mulai malam itu dan supaya mereka meneruskannya di sepanjang-panjang bulan Ramadhan.


Menurut huraian ulama' Saiyidina Umar rahimahullah,(2) bertindak demikian setelah ia berijtihad dan beristinbat berdasarkan amalan Rasulullah s.a.w.


Pertama - Rasulullah s.a.w. pernah mengerjakan sembahyang tarawih dengan berjamaah di masjid.


Kedua - Sungguhpun Baginda mengerjakannya dengan berjamaah selama tiga malam sahaja lalu memberitahu kepada orang ramai supaya masing-masing mengerjakannya dengan bersendirian di rumah dan Baginda sendiri juga mengerjakannya di rumah sehingga akhir hayatnya - tetapi Baginda telah menerangkan sebabnya kepada umum iaitu Baginda "bimbang akan turun wahyu yang mewajibkan sembahyang tarawih itu" jika Baginda terus menerus mengerjakannya dengan berjamaah di masjid bersama sama dengan mereka.


Berdasarkan hakikat inilah Saiyidina Umar r.a., berijtihad mengarahkan supaya sembahyang tarawih dikerjakan semula dengan berjamaah, kerana perkara yang dibimbangkan oleh Rasulullah s.a.w. dahulu tidak akan berlaku. Kerana setelah Baginda wafat, tidak akan turun wahyu lagi - yang mewajibkannya.


Saiyidina Umar mengaku bahawa arahannya itu "bid'ah" tetapi ia "bid'ah yang baik" (bid'ah hasanah) kerana dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan ijma' oleh sahabat-sahabat Nabi yang ada pada zamannya serta diwarisi oleh umat Islam turun temurun.


______________________________




1. Fath al-Bari (5:155) dan Nail al-A utar (4:56).

2. Fath al-Bari (5:156).

Masalah Bilangan Rakaat Sembahyang Tarawih

Banyak keterangan yang berlainan mengenai bilangan rakaat sembahyang tarawih.

Tetapi menurut yang telah dipilih dan diamalkan oleh jumhur ulama' dari kalangan mazhab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali ialah dua puluh rakaat berdasarkan amalan sahabat-sahabat Nabi dalam zaman Saiyidina Umar r.a, seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:
63- عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانُوا يَقُومُونَ على عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةٍ. (رواه البيهقي)

63- Dari Al-Sa'ib bin Yazid r.a, katanya: "Mereka (sahabat-sahabat Nabi) biasanya mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan - pada zaman Saiyidina Umar bin al-Khattab, sebanyak dua puluh rakaat ..."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Baihaqi)

Imam Baihaqi r.a.h., menyebutkan sebuah hadith lagi yang diriwayatkan oleh Imam Malik, rahimahullah dan Yazid bin Ruman katanya: "Biasanya orang ramai mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan - pada zaman Saiyidina Umar r.a., sebanyak dua puluh tiga rakaat .." (Hadith Mursal).

Dalam ulasannya, Imam Baihaqi berkata: Kedua-dua hadith yang tersebut (tidak bercanggah) malah boleh disatukan kerana mereka mengerjakan sembahyang tarawih sebanyak dua puluh rakaat (seperti yang tersebut dalam hadith yang pertama), kemudian mereka mengerjakan sembahyang witir tiga rakaat (seperti yang tersebut dalam hadith yang kedua).(2)

____________________________

1. Al-Sunan al-Kubra (2:495).

2. Al-Majmu' (3 : 486).

Sembahyang tarawih sebanyak dua puluh rakaat ialah pilihan mazbab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadith yang tersebut.

Menurut mazhab Maliki pula, pada mulanya sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak dua puluh rakaat juga, kemudian ditambah enam belas rakaat disertakan dengan tiga rakaat sembahyang witir - yang menjadikan jumlahnya: Tiga puluh sembilan rakaat. (Bidayat al-Mujtahid, 1:210).

Masalah Lapan Rakaat

Menurut setengah ulamak, rahimahullah, sembahyang tarawih boleh dikerjakan sebanyak lapan rakaat dan boleh dikerjakan sebanyak dua puluh rakaat.

Mengenai lapan rakaat, mereka menerangkan: Menurut beberapa buah Hadith Sahih, Rasulullah s.a.w. mengerjakan sembahyang tarawih sebanyak lapan rakaat disertakan dengan tiga rakaat sembahyang witir.

Dalam pada itu, kata mereka lagi: Menurut Hadith Sahih(1), sahabat-sahabat nabi telah mengerjakannya sebanyak dua puluh rakaat, dalam zaman Saiyidina Umar r.a.(2)

Ada pula segolongan kecil yang terdorong membid'ahkan amalan sembahyang tarawih sebanyak dua puluh rakaat yang termaklum, kerana kata mereka: Hadith yang menjadi dalilnya bukan Hadith Sahih.

Demikian dakwaan mereka yang nyata bertentangan dengan apa yang difaham oleh alim ulama'.

Ahli fiqah dan ahli hadith yang masyhur, yang menegaskan bahawa hadith yang tersebut ialah "Hadith Sahih" dan mereka menyajikannya dalam kitab-kitab mereka sebagi dalil bagi sembahyang tarawih sebanyak "dua puluh rakaat" yang mereka amalkan.

Di antaranya ialah:

(1) Imam al-Syafi'i rahimahullah, menerangkan dalam kitabnya "Al-Umm" (1:142), bahawa beliau lebih suka mengerjakan dua puluh rakaat (sembahyang tarawih) berdasarkan hadith yang menerangkan amalan Saiyidina Umar (dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. pada zamannya).

(2) Imam al-Nawawi rahimahullah, menerangkan dalam kitabnya "Al-Majmu'" (3:485), bahawa menurut mazhab Syafi'i, bilangan rakaat sembahyang tarawih ialah dua puluh rakaat dengan sepuluh salam, selain daripada (tiga rakaat) sembahyang witir dan bahawa hadith yang menjadi dalilnya ialah Hadith Sahih.(3)

Demikian juga yang diterangkan oleh alim ulama' yang lain dalam mazhab Syafi'i, dalam kitab-kitab masing-masing sama ada yang berbahasa Arab atau yang berbahasa Melayu.

Kalau kita rujuk kepada kitab-kitab fiqab dalam mazhab Hanafi pula, kita akan dapati keterangan yang sama dalam masalah ini. Misalnya:

(1) Al-'Alamah Syamsuddin al-Sarkhasi rahimahullah, menerangkan dalam kitabnya, "Al-Mabsut" (2:144): Bahawa menurut mazhab Hanafi, bilangan rakaat sembahyang tarawih (yang menjadi pilihannya) ialah dua puluh rakaat.

(2) Al-'Alamah Ibn `Abidin rahimahullah, menerangkan dalam kitabnya "Hasyiah Radd Al-Muhtar" yang lebih terkenal dengan nama "Hasyiah Ibn `Abidin" (2:45): Bahawa bilangan rakaat sembahyang tarawih (yang menjadi pilihan mazhab Hanafi) ialah dua puluh rakaat.

(3) Al-'Alamah Badr al-Din Mahmud al-'Aini rahimahullah, menerangkan dalam kitabnya "Al-Binayah fi Syarh al-Hidayah" (2:583): Bahawa bilangan rakaat sembahyang tarawih (yang menjadi pilihan mazhab Hanafi) ialah dua puluh rakaat dan bahawa hadith riwayat Imam Baihaqi yang menjadi dalilnya adalah Hadith Sahih.

Demikian juga yang ditegaskan dalam kitab-kitab fiqah dalam mazhab Hanbali Di antaranya:

Al-'Alamah Maufiq al-Din Abdullah bin Ahmad bin Qudamah rahimahullah, menerangkan dalam kitabnya "Al-Mughni" yang lebih terkenal dengan nama "Al-Mughni Ibn Qudamah" (1:797): Bahawa bilangan rakaat sembahyang tarawih yang menjadi pilihan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, ialah dua puluh rakaat, lalu menyebutkan beberapa hadith yang menjadi dalilnya. Di antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang tersebut.

Bukan setakat itu sahaja bahkan kalau kita rujuk kepada kitab-kitab hadith secara khusus, kita akan dapati keterangan yang jelas bahawa hadith Imam Baihaqi yang menjadi dalil sembahyang tarawih dua puluh rakaat adalah Hadith Sahih.

Di antara ahli-ahli hadith yang menerangkannya dalam kitab masing-masing ialah:

(1) Al-'Alamah Syihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qastalani rahimahullah menerangkan dalam kitabnya "Irsyad al-Sari, Li Syarh Sahih Al-Bukhari" (3:426): Bahawa hadith riwayat Imam Baihaqi yang tersebut adalah Hadith Sahih.

(2) Al-'Alamah Badr al-Din al-'Aini, rahimahullah menerangkan dalam kitabnya "`Umdah al-Qari, Syarh Sahih al-Bukhari" (7:178): Bahawa hadith riwayat Imam Baihaqi yang tersebut adalah Hadith Sahih.

(3) Al-'Alamah Ali bin Sultan Muhammad al-Qari rahimahullah, menerangkan dalam kitab "Mirqat al-Mafatih, bi Syarh Misykat al-Masabih" (2:175): Bahawa hadith riwayat Imam Baihaqi yang tersebut adalah hadith sahih.

(4) Al-Syeikh Ahmad Abdul Rahman al-Banna rahimahullah, menerangkan dalam kitabnya "Al-Fath al-Rabbani, Li Tartib Musnad al-Imam Ahmad al-Syaibani" (5:17): bahawa hadith riwayat Imam Baihaqi yang tersebut adalah Hadith Sahih.

(5) Al-Syeikh Mansur Ali Nasif rahimahullah, menerangkan dalam kitabnya" Al-Taj al-Jami' lil Usul, fi Ahadith al-Rasul" (2:66): Bahawa hadith riwayat Imam Baihaqi yang tersebut adalah Hadith Sahih.

Dengan ini nyatalah bahawa menurut pengakuan dan amalan alim ulama' ahli hadith dan ahli fiqah yang masyhur, meliputi imam-imam mujtahidin yang menjadi ikutan, bahawa hadith yang menjadi dalil bagi sembahyang tarawih sebanyak dua puluh rakaat adalah Hadith Sahih.

Dan dengan ini juga nyatalah anggapan "segolongan kecil" yang cuba melemahkannya - apalagi membid'ahkannya - tidak memberi kesan sedikit pun.

Kesimpulannya: Sembahyang tarawih sebanyak dua puluh rakaat ialah "Sunat sahabat-sahabat Nabi" kerana ia telah di kerjakan oleh Saiyidina Umar dan sahabat-sahabat Nabi yang ada pada zamannya - termasuk Saiyidina Uthman dan Saiyidina Ali r.a. ajma'in.

Bertambah pula telah sabit dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan (Maksudnya): "Hendaklah kamu menurut sunnah Ku dan sunnah khalifah-khalifah al-Rasyidin .. (4) (yang datang kemudian daripada Aku)." Yakni amalan mereka.

Sembahyang Tarawih Yang Sempurna

Alim ulama', rahimahullah, tidak ketinggalan daripada mengingatkan dan menarik perhatian umum, bahawa sembahyang tarawih yang sempurna dan berpahala ialah yang dikerjakan dengan tenang dan khusyu', sempurna bacaannya dan sempurna segala-galanya sesuai dengan dasar "ihsan" yakni segala amal bakti hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya.

________________________________

1. Yakni Hadith Sahih riwayat Imam Baihaqi rahimahullah.

2. Fiqh al-Sunnah (1:206) dan Al-Fath al-Rabbani (5:15).

3. Yakni riwayat Imam Al-Baihaqi dan Al-Sa'ib bin Yazid r.a Nas hadith ini dan terjemahannya telah disebutkan dalam bahagian yang lalu.

4. Muqaddimah Mastika Hadith (31).

Rabu, 3 Julai 2013

sekali lagi....

Benarlah yang dinamakan ujian itu takkan datang dengan petunjuk...itu tanda kasih sayang Allah pada kita semua terutama bagi yang diuji...

semalam aku menangis..menangis kerana tak mampu menanggung rasa sakit yang teramat sangat..rasa sakit yang membuatku rasa itu lah detik akhir buatku..rasa sakit yang tak pernah terduga untuk aku laluinya..minggu lepas aku bangga bercerita pada si guru..tentang betapa happynya aku dengan kesihatan yang baik selepas sejak operation ritu..namun dugaan kembali mencelah tatkala aku sedang menikmati kegembiraan itu..

aku tak mahu persoalkan apa yang dah Kau aturkan untukku ya Allah..aku cuma mahu meminta sesuatu dariMu ya Rab.ringankanlah apa yang sedang aku lalui..aku terlalu letih untuk menanggungnya.




Isnin, 17 Jun 2013

catatan tersimpan di bumi melbourne

Hari ini hari yang ke-2 berada di bumi australia, barulah aku dapat luangkan masa untuk menulis setelah menyelesaikan banyak perkara penting termasuklah pendaftaran, bertemu Dr Pakar, membuka akaun bank dan menghantar maklumat Perubatan dan senarai kemalangan yang pernah aku lalui (hahaha sampai dr tu shock tgok) di Royal Melbourne Hospital. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan setiap urusan yang dilakukan di sini selesai tanpa sebarang masalah.


Penerbangan MH149 yang aku naiki mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada jam 9 pagi. Cuaca mendung dengan awan tebal menjadikan proses pendaratan sangat tidak menyelesakan. Melbourne ketika tu hujan rintik-rintik dengan angin bertiup agak kuat menyebabkan keadaan sangat sejuk seperti berjalan di genting dengan baju nipis. Ketika di Kuala Lumpur, aku diberitahu bahawa Melbourne sekarang dalam musim panas (summer). Mujurlah aku bawa juga tiga baju panas, kerana aku memang sangat tak tahan dengan sejuk.. Sehari sebelum itu, suhunya adalah 34 darjah Celsius, panas sekali. Tetapi pada bila aku tiba, suhunya jatuh kepada 10 C, dipengaruhi angin dari laut yang bertiup dan menghembus seluruh Victoria, menjadikan musim panas itu berubah sekelip mata menjadi sejuk.

Sehingga hari ke-2 ini pun, cuaca masih sangat sejuk.Beza masa Melbourne dan KL hanya 3 jam. Kalau sekarang Melbourne jam 8 malam, KL baru jam 5 petang. Tapi waktu summer ini siangnya sangat panjang. Subuh masuk jam 4 pagi dan Maghrib jam 8.30 malam. Kalau terkena bulan puasa?? Hahaha...Pagi pertama aku bangun,aku menangis. menangis sebab sangat sejuk. beritahu ibu dalam keadaan teresak-esak menangis. Tidak akan terlihat aku walau seminit pun tanpa baju sejuk walau dalam wad.Mujur hari pertama Dr membenarkan aku tidur hampir 16 jam (kuasa ubat). Mafla murah, kerana itulah semua yang menyelamatkan aku daripada mati kesejukan. Serius!! Orang kita sukalah tengok orang putih pakai baju tebal, lilit leher, pakai sarung tangan dan snowcap... feeling winter kan?? aku pun waktu di KL dah start feeling winter pakai baju tebal segala macam . Sampai sini, setelah mengharungi sendiri musim sejuk pelik ni, aku mula la touching.badan da tak tahan. setiap kali nak mandi, wuduk,malah nak basuh tangan pun!! Walaupun sini ada paip air panas, tapi air panas tu hanya panaskan kita waktu mandi, lepas saja mandi anda tahulah sejuknya jadi lagi teruk! Jadi, jangan tanya berapa kali aku mandi di sini dalam sehari! hahaha Jadi, janganlah juga anda fikir pakaian di musim winter itu sangat cool. Ketahuilah bahawa semua orang mendoakan winter cepatlah habis kerana sesungguhnya cuaca sejuk di negara empat musim sangatlah menyeksakan. DAN LEBIH MEMBURUKKAN KEADAAN LAGI, sekarang ni bukan winter. Sekarang ni summer! Pun dah sejuk macam ni! Jadi aku rasa aku nak balik Malaysia waktu musim winter di sini nanti hahahhaha .....tapi semua ni angan2...esok aku terpaksa balik..ibu kemalangan..masuk wad akibat tangan patah dan kepala terhentak kuat dan kakak sedang kritikal..lagipun dr dah maklumkan, pembedahan dan kimoterapi yang baru berlalu membataskan rawatan yang bakal diberikan pada aku. aku harus dan terpaksa menunggu kira-kira 6 bulan lagi..hurm semoga segalanya akan baik2 sahaja....

Satu-satunya perkara yang ku belum dapat atasi adalah kerinduan aku pada katil kesayangan aku pada keluarga, tapi lebih tepatnya kepada kesayangan2 aku ehe .... 

Rabu, 5 Jun 2013

entri yang tak bertajuk....

Salam kasih buat semua yang ku sayangi...terima kasih atas doa dan kesudian meluangkan masa membaca titipan yang lahir dari hati insan yang tak berapa nak seni ni..

Beberapa hari kebelakangan ni aku moody....panas baran!tertekan sebenarnya dengan situasi yang melanda yang memaksaku membuat pilihan..pilihan yang semestinya terlalu berat untuk aku..ditambah lagi dengan desakkan keluarga ahhhhh...semua ni terlalu menyakitkan hati.

Apa yang akak lakukan sebenarnya adalah yang terbaik untuk dirinya..siapa lagi yang mengetahui tentang kita selain dari diri kita sendiri..bila semua tahu tentang apa yang ditanggungnya, semangatnya luruh satu persatu.kenyataan hidup yang amat perit untuknya.sebelum-sebelum ni keadaan dia tak begini.mungkin tangisan kasih dari si ibu membuatkan semangatkan semakin rapuh...serapuh dahan kering yang kian mereput..

Hari ini aku berhutang denganmu.hutang yang sampai bila-bila takkan aku mampu bayar.selama hari ni, setiap kegembiraan aku lalui atas airmatamu.begitu kau rela mengorbankan hakmu demi melihat aku gembira.dalam kepayahan aku untuk meneruskan hidup walaupun kau terpaksa menanggung derita sakitmu sendiri.sekarang kau faham kan mengapa dan kenapa aku sering tak ingin maklumkan kepada ibu keadaan aku.kesedihan dia akan buat kita lagi kecawa sedangkan semangat dia yang kita perlukan. Dulu aku sentiasa mengatakan pada ibu tiapkali kerisauan menjengah hati tuanya. Metabolismamu tinggi.kau kuat makan dari aku.sebab tu badan kau kurus sangat.tapi aku tak tahu kau lebih menderita dari aku..

Aku harap satu hari nanti kau akan terjumpa blog ku ini...biar kau tahu betapa aku sayangkan kau.betapa aku berterima kasih pada setiap apa yang kau lakukan.aku sanggup lakukan apa saja untuk melihatmu kembali gembira..

Sejak aku mengetahui keadaan sebenarmu, hari-hari aku mengikuti perkembangan dirimu.hari-hari aku menjelajah google untuk mencari perubatan terbaik untukmu.namun aku hampa apabila ibu mendesakku segera menjalani rawatan di royal melbourne hospital..dr jugak menyarankan aku segera kesana.huh semester baru nak bermula.macam mana aku nak kesana..

Aku taknak berada jauh dengan semua orang yang aku sayang..apetahlagi ibu beritahu yang dia akan pulang bila keadaan aku dah sesuai disana..tapi aku rasa semua pun tahu kenapa aku taknak pergi..aku cuma nak tunaikan hasrat akhir ayah je...impian aku yang paling besar...selanjutnya, aku masih belum memikirkan lagi hala tuju hidup aku.tak tak...jangan salah sangka.aku bukannya nak mati..cuma aku rasa aku dah terlalu letih untuk terus hidup.lama dulu dah aku rasa begini.cuma aku pendamkan.dan beberapa kali aku hilang pertimbangan bila aku overdos.kau cukup kenal dengan aku kan...takde apa yang boleh ubah setiap apa pun yang aku inginkan.takde sapa yang boleh bantah bila aku membuat sesuatu keputusan tu dan aku pun penah bagitau ibu betapa aku letih dengan kehidupan ni..berbuih mulut ibu membebelkan aku tapi harapan dan impian aku tetap disitu.





pada kau yang selalu aku sakiti aku mintak maaf...aku tak sengaja.keputusan sebenarnya ditangan kita.sama ada nak merawat atau membiarkannya terus memakan diri.aku tak boleh nak nasihat lebih-lebih sebab aku sendiripun masih mencari-cari apa sebenarnya erti hidup ni.ape pun keputusan aku selepas ni memang takkan ada kaitan dengan segala apa yang kau lalui.. semua orang sedia maklum bahawa rawatan itu bersifat percubaan sahaja.belum pun pasti aku akan sembuh...

dan aku akan selalu panjatkan doa agar kita kembali seperti dulu..aku harap kau akan kembali sembuh.in shaa allah..aku nak kau tahu je yang kasih sayang aku tak pernah padam sekalipun berkali-kali mulut jahat aku ni nafikan..semoga kau akan tetap kuat...semoga Allahmengabulkan permintaan ku ini

sayang selamanya

~ADIKMU~

Isnin, 3 Jun 2013

MENCARI PENAWAR DUKA

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.

Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Permohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.

Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).

Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah‘istighfar’.

Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya“Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”–lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).

Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.

Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Sabtu, 1 Jun 2013

sedang mencuba..

keikhlasan dalam sebuah persahabatan tu mampu dirasa oleh dua insan yang menjalinnya.sama ada kita semua yakin atau tidak ianya tetap fakta yang tak memerlukan kepercayaan kita untuk dibuktikan..sekali lagi persahabatan dalam kamus hidupku akan berakhir...aku tak mengharapkannya lagi...apa gunanya jika kamu merasa terpaksa kan?melarikan diri is not the best way.why dont you try talk about that with me? at least aku taklah terasa.. tapi bila jalan ni yang kamu pilih, it's ok with me. to be honest, aku sendiri tak boleh lagi nak menerima persahabatan baru dalam hidup aku...cukup yang sedia ada..aku da cukup bahagia dengan dia..cuma aku baru nak belajar membuka kembali pintu hati yang selama ni aku kunci dengan mangga yang tak ber"kunci" untuk orang lain buka. berkongsi kisah yang mungkin tak dijangka..tapi semuanya perancangan..Allah jua yang menentukan..

a few day ago, dr terpaksa hentikan sesi kimoterapi terhadap aku. badan aku menolak dan kesannya amat teruk. and for now, aku terpaksa cari alternatif untuk memastikan sel dalam badan aku kembali pulih atau organ aku akan mengalami kerosakkan demi kerosakan.i try to let u know about it..but u keep avoiding me..it's offend me...

tapi takpe lah kot...sebab u are not may best friend pun as you keep telling me...i can feel it since we meet or first time.aku cuma buka sedikit ruang untuk orang baru hadir dalam hidup aku..selainnya tak kot..
so sekarang ni aku kene cari alternatif untuk buat kamu supaya tak rasa terpaksa..dan aku sedang usahakannya supaya kamu tak rasa kecil hati dengan aku...it will be fine soon.just dont worry  about me coz i can handle it..lagipun persahabatn ni belum pergi jauh kan..

agaknya ni lah yang dinamakan serik..serik atau dalam ayat lainnya trauma dalam membina hubungan baru setelah acapkali melalui kegagalan demi kegagalan dalam fasa persahabatan. ya...sememangnya aku sedikit trauma.dan aku sedang berusaha mengatasinya ok..

ape pun, aku perlu dan harus utamakan kesihatan aku yang semakin merundum.semester baru akan bermula beberapa minggu lagi..dan aku harus pastikan kesihatan aku dalam keadaan yang benar-benar baik. 

Jumaat, 24 Mei 2013

Kimoterapi pertama

APAKAH ITU KEMOTERAPI

Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang khusus untuk merawat sesuatu penyakit kanser. Di sini, kemoterapi merujuk kepada penggunaan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel-sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan anda. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah anda dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat di buang melalui pembedahan atau di musnahkan oleh rawatan radioterapi. Bila lebih dari satu jenis ubat digunakan, ia dipanggil kemoterapi kombinasi.

ok straight to the point sebab saya bukan seorang pakar medic yang boleh explain benda ni panjang lebar..just nak kongsikan sket pengalaman kimo yang pertama isnin 20 mei yang lalu..

16 mei lepas aku berjaya menyusahkan semua orang bila aku tak bangun dari tidur.kali terakhir malam tu aku berbual tak sampai 10 minit dengan sahabat baik ku. selalunya perbualan kami akan ambil masa sekitar 2 jam...bergayut sehingga mata terasa letih dan seterusnya tidur dengan harapan boleh mimpikan dia.. almaklumlah masing2 jauh..tapi malam tu kepala aku berdenyut lagi minta direhatkan.dan esoknya hampir ke pukul 6 petang aku masih tak sedarkan diri...aku kurang pasti apa yang berlaku saat tu..entah macam mana dan siapa yang membawaku ke hospital pakar putra. bila membayangkan terasa malu pula kerapkali menyusahkan keluarga..namun kasih sayang mereka tak menjadikan semua ni beban belaka. yang penting kesihatan aku.. Hurmmm....hiba rasa hati ni..alhamdulillah ya Allah..

ketumbuhan tu dah mengganggu fungsi saraf aku.dr terpaksa melakukan pembedahan kecemasan untuk membuang ketumbuhan itu..4 hari lamanya aku "tidur" lena..sudut positifnya aku anggap Allah bagi peluang aku qada' tidur aku yang tak cukup dek kerana kesakitan..19 mei aku bangun..terperanjat bila disuapkan dengan jus epal hijau yang sangat masam...ibu kata sebelum2 ni aku cuma bagi reaksi memek muka sedikit kerut2..tapi malam tu aku buka mata..alhamdulillah ibu buat sujud syukur walaupun aku hanya bangun sekejap dan kembali sambung tidur kerana badan tak mampu nak tanggung sakit tu.Memang Allah tu maha penyayang.. Fikirkan segala aturanNya dalam sudut yang positif, tentu saja berbagai hikmah yang kita dapat lihat.. 

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN YANG MAHA PENYAYANG....

20 mei 2013 hampir jam 12, dr memasukan beberapa jenis ubat melalui saluran air yang dipasangkan ke badan aku..hampir 3 jam aku meraung kesakitan. masukkan air pun da cukup untuk buat urat aku terasa bisa apetahlagi memasukkan ubat kimo yang berjaya buat aku hilang kewarasan seketika...hari tu memang cukup memalukan untuk dikenang apabila hampir kesemua dr dan jururawat aku marah akibat kesakitan yang aku tanggung..namun mereka tetap sabar(dalam hati aku tak tahu)..tujuannya nak musnahkan saki baki ketumbuhan yang masih ada..4 jam lamanya aku menangis hingga kelabu rasanya mata ni.dan pekara yang paling menduga aku saat ni bila ibu tiada bersama disisi..

jam 5 petang aku mula lelapkan mata..kesakitan buat aku hampir gila menanggungnya.hidung rasa perit dek kerana darah yang keluar mula mengering.tangan mula pedih.telinga rasa macam bedengung seolah-olah anak buah lepas jerit kat telinga aku.masa tu aku emosi sangat2..dr terpaksa membiarkan aku lelap saja dengan baju yang berdarah akibat kedegilan aku untuk tidak membenarkan sesiapa selain ibu yang menyalinkan pakaian aku.aku emosi.(kalau bukan kerana aku ni ada pertalian dengan Kak Shidah,kompom memang teruk layanan pada aku)..maghrib tu aku bangun bila disuapkan dengan madu..makan memang bukan lagi keinginan aku masa tu..aku cuma nak balik..dan berharap ibu akan kasihan dan menuruti kehendakku..tapi kali ni aku terpaksa akur...beberapa kali aku dengar ibu menangis...entah kenapa dengan ibuku sayang ni.nak bertanya, aku lelah dengan sakitku sendiri.so terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang.

Di sebelah malam,aku kembali meraung tiapkali terpaksa bangun untuk ketandas akibat cirit birit. Maafkan saya ibu, kalau saat tu saya banyak melukakan hatimu dengan jeritan tangis kesakitan...Dan malam tu aku hanya terlelap hampir ke pukul 4 pagi apabila berterusan ibu memberiku air yang dah ibu bacakan surah2 menghapus sel kanser yang pernah dikirim sang guru padaku dulu..Alhamdulillah bila bangun esoknya badan aku terasa semakin lega..Kesan kimo tu hanya sebentar.aku tak pasti kalau2 ada lagi kesan lepas ni..

22 Mei rasa seronok bila dr kata aku boleh balik dan berehat dirumah..Dr menitipkan pesan agar aku dibawa ke hospital dengan kadar segera jika ada berlaku kesan yang ketara. Paling tak best bila dr kata 3 minggu lagi aku harus cheack in ke wad untuk ujian lanjutan seterusnya kimo ke 2 untuk elakkan sel tu kembali mengganas.. tengoklah macam mana nanti..

23 Mei baru aku perasan...kakak takder sama sepanjang rawatan dan juga dirumah.ya Allah...besar sungguh dugaan pada ibu..kakak kene tahan wad akibat muntah darah dan sebelah tangannya tak boleh diangkat akibat demam yang dibiarkan... Dia sedang diujikaji kat hospital tu..Sepanjang malam meleleh air mata aku dalam gelap mencari- cari sebuah kekuatan...semoga cepat sembuh...

Dan hari ni aku da boleh melayan kerenah anak buah yang baru saja balik kampung. Sian Eyas kene marah ngan ibu dia bub ganggu aku..

Ya Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang...redakanlah apa yang ku tanggung ini...Berikan aku kesembuhan..Sesungguhnya hanya padaMu tempat sebaik-baiknya untukku meminta..aamin..







Khamis, 16 Mei 2013

selamat hari guru

GURU MALAYSIA SATU ASPIRASI SATU AGENDA..
itulah tema Sambutan Hari Guru 16 Mei tahun ini..

Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka..dari huruf itulah kita melakar kejayaan demi kejayaan.. aku bukan seorang penyair yang bisa mengarang bait2 kata indah buat tatapan mereka. Namun aku seorang didikan yang sentiasa ingin menzahirkan terima kasihku yang tak terhingga pada mereka yang bernama guru..

BERSENJATAKAN PENA KERAMAT,
BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT,
MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT...
SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT.DAN DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI KERANA SEMEMANGNYA, GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..

Terima kasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang berarti untuk hari depan.
Terima kasih cikgu yang telah membantu kami memahami sebuah realiti kehidupan.
Terima kasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam kegelapan.
Terima kasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada.
Terima kasih cikgu yang tak pernah menyerah membimbing kami menjadi manusia-manusia terhebat
Terima kasih cikgu...
Terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan
Terima kasih kerna curahkan Bukan Sekadar Ilmu dunia malah ilmu bekalan alam akhirat..

Buat yang teristimewa
Allahyarhammah Pn hajah Rosniyati,En Kamarudin , Pn Umi Kalsum, Pn Zaleha, Pn Aisyah, Pn Azia DAN SEMUA GURU DI SK BATU GAJAH,

En Tan Kim Lok, Pn Rasyidah, Pn Hajah Murah Saliman, Pn Safiyah Ahmad, Ustazah Janaria Othman, Pn Noriah Sa'ari, Pn Ruslina Sulaiman, Pn Siti Maslahah Omar,Pn Halimaton, Ustazah Zakiah, Ustazah Rosmaliza dan semua guru di SMK DANG ANUM,

DR. Parveen, DR. Husni, Prof Masyitah, Dr Aisyah,Miss Yusni,Miss Juwita dan SEMUA PENSYARAH KOLEJ LAGENDA MANTIN (INTITUTE TECHNOLOGY PERTAMA),

SEMUA GURU DI INSTITUT DARUL QURAN,

BARISAN TENAGA PENGAJAR UITM,

PENSYARAH  U S M- Ucapan Selamat Hari Guru Teristimewa buat PN Nurul Aini, Pn Rozita Mohd Ghazali Ustazah Shahrizah Husin, Miss Nadiha Kassim, En Azman Noor,

DAN BUAT SEMUA GURU YANG TAK TERSEBUT DAN SEMUA GURU YANG PERNAH MENCURAHKAN ILMU PADA DIRI INI...DOA KUKIRIMKAN AGAR SENTIASA DIDALAM LINDUNGAN DAN RAHMAT ILLAHI SENTIASA..

anda adalah guru yang terhebat !!!terima kasih cikgu!!


Selasa, 7 Mei 2013

DOA BUAT AYAH..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

AL-FATIHAH BUATMU JUNJUNGAN NABI KITA MUHAMMAD S.A.W.  KAUM KERABAT BAGINDA, SERTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG TELAH PERGI MENDAHULUI KITA..


AL-FATIHAH BUATMU AYAH...







sedar tak sedar da masuk tahun ke-4 dah ayah pergi tinggalkan kami semua..

namun terasa bagai baru sekejap dia bersama kami..
hari ni genap dah 4 tahun...ayah pergi dalam tahun yang sama dengan nenek..bezanya nenek bulan satu, ayah bulan 5..pusara pun dekat2 je..

aku masih ingat ayah dulu selalu mengadu sakit...bila balik kerja, dia akan minta supaya ibu mengurutnya.kadang2 aku pun urut ayah...ayah kata lepas aku urut sakitnya hilang..manja sungguh aku.kembang kempis hidung ni bangga bila ayah puji...slalu la tunggu ayah panggil mintak urutkan..


tapi keadaan tu tak bertahan lama..ayah makin sakit dan angah bawak p hospital..dr kata takde ape2...seminggu lepas tu ayah sakit lagi teruk.kali ni kami bawa ayah ke hospital untuk fully medical cheack up. dr family buat cheack up sungguh2..dan keputusan amat memeranjatkan...


astaghfirullahalazim...ayah ada kanser..tahap 4 pulak tu..

personaliti ayah makin berubah..ayah semakin pendiam..aku pulak semakin takmau dekat sebab aku takut kehilangan ayah...ayah selalu kata dia takder ape2..makin lama aku percaya ayah takde ape2 bila dia hidup macam orang yang tak sakit lansung...itulah ayah.dan aku kembali senyum...bergurau mesra macam takde ape2..

masuk bulan mac ayah dimasukkan ke hospital..kali ni lama...aku tak berpeluang lagi nak manje2 atau ajak ayah main carom lagi macam dulu.ataupun ajak ayah p laut mancing ikan..atau ajak ayah main badminton walaupun aku hampir2 dapat kalahkan ayah.ayah sangat hebat dalam banyak hal.setakat ni,tak sorang pun anak2 dia mampu lawan kecekapan dan kebijaksanaan dia walaupun berkali2 aku kata "tengoklah...nanti ayul menang gak.."  sebulan lebih ayah masuk wad...dr bgtau ayah tak boleh dirawat lagi...ayah nak balik....kami bawa ayah balik...


kanser ayah merebak dah...ayah mula hilang ingatan...aku orang pertama yang perasan..masa tu ayah kata

"ada perempuan baju merah (ibu) tu buatkan ayah air la..cakap terima kasih kat dia"
aku pun panggil ibu..masa tu aku tak yakin sangat..aku bgtau ayah..
"ni ibu la yah"
ayah senyum je...makin lama makin teruk ingatan ayah...aku slalu layan ayah cakap..ayah mintak aku doakan dia sembuh..in the same time aku ajak ayah p hospital semula sebab badan dia da lemah..kami semua da pujuk tapi ayah taknak.masa ni ayah merajuk kat aku..bila aku pakse ayah makan ubat.aku terpaksa..aku taknak tgok ayah sakit..

dekat2 penghujung april tu ayah lansung da tak boleh nak bangun...

aku ingat  lagi satu hari tu, ayah mintak aku bangunkan dia..mana la aku kuat..tapi ayah nak bangun juga.last2 aku tolong.tapi terjerit2 aku panggil ibu sebab aku tak kuat n takut ayah jatuh..masa tu muka ayah da biru.nafas dia perlahan sangat.masa tu dia pengsan.dengan segala kudrat yang ada aku letak ayah kat sofa...ayah bersandar...kebetulan pak tam sahar datang...

masa tu aku da nangis2 da takut tengok ayah...tak lama pastu ayah bangun..kami angkat dan baringkan semula.kami semua da nangis2...


2 mei 2009 ayah sakit sangat..terpaksa call ambulance bub ayah da nazak sangat...meleleh airmata ayah taknak ke hospital..tapi kami semua nak ringankan penderitaan ayah..aku yang tahu banyak tentang prosedur hospital ikut sama.aku akan pastikan ayah tak disakiti seperti sebelum2 ni..mujur ada sepupu berpangkat JUSA A..mudahlah prosesnya...esoknya mak minta bawak balik sebab mak da dapat tanda2 ayah nak p da...


hari kami balik tu ayah tenat sekali lagi...bacaan yasin dari kami semua memenuhi ruang sedang angah membisikkan kalimah syahadah tak henti2 ke telinga ayah..esak tangis memenuhi ruang dengan saudara mara yang makin ramai..tapi malam tu ayah kembali ok..alhamdulillah...semua orang baring keliling ayah kecuali aku.adik2 ajak ayah nyanyi...dan mereka nyanyi lagu nasyid..masa tu aku dengar ayah kata

 "tak pernah dengar pun lagu ni"
aku menangis...aku duduk termenung di sebalik dinding..
kat situ lah aku tertidur dan dalam tidur pun airmata aku tetap mengalir...

khamis 7 mei 2009

agak lama ayah sakit petang tu...tangisan kami memenuhi ruang..mata ayah tak bercahaya lagi...kalimah Syahadah tak putus2 diajarkan di telinganya.tangan ayah aku genggam erat...dan akhirnya ayah pergi jua menyahut seruan Illahi setelah ibu minta kami semua redhakan pemergian ayah...masa tu nadinya masih berdetak (memang orang baru meninggal nadinya akan berdetak lagi untuk seketika)..aku tak boleh terima kenyataan..maklang tarik aku sambil cuba menenangkan aku saat tu. orang pertama aku hubungi adalah Dr Roshidah Baba..anak buah kesayangan ayah...

setelah maklumkan kenalan jauh dekat ayah, kami semua duduk bacakan yasin..ibu?

ibu tak nangis lagi..da puas dia nangis tengok ayah derita..dan dia tabah terima suratan Illahi..malam tu ibu temankan ayah tanpa berganjak sket pun.sebab masa tu ibu tak boleh nak bacakan yasin.

dan pagi sebelum solat jumaat tu ayah disemadikan..


ayah, kiriman doa ayul titipkan tanda ingatan yang tak pernah luntur dihati..ayul sayang ayah sangat2...


MOGA AMANLAH DIKAU DISANA...YA ALLAH YA TUHANKU...LINDUNGILAH AYAHKU DISANA DENGAN KASIH SAYANGMU YA ALLAH..SESUNGGUHNYA KAU LAH TEMPAT SEBAIK-BAIK TEMPAT UNTUKKU MEMINTA..AAMIN YARABBAL ALAMIN...

Isnin, 6 Mei 2013

amek kau!!nah baca ni...

amek kauRahsia bola hitam & putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki. Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"
Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu
tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih. Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih untuk kesekian kalinya.Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. 
"trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak
tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.
Nak buat apa lagii...fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek
anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai
seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami
telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya
Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu
beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola
putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu
sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang
baik." Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA
PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI
BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan ...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan
masanya sudah hampir tiba....

"sebabnya ....saya.. saya... saya...."
Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih. Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat aku. 


P/S :
Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan ...Hehehehe

Ahad, 5 Mei 2013

"Ya aiyyuhallazina tautmainna qulubuhum bizikrillah"

"Jika kita merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras kita sudah berusaha. Ketika kita sudah menangis sekian lama dan hati kita masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmata kita.Jika kita fikir bahwa hidup kita sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-sama kita . Ketika kita merasa sendirian dan teman-teman kita terlalu sibuk untuk menelefon kita... Allah sentiasa berada di samping kita. Ketika kita fikir bahwa kita sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya. Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kita merasa tertekan... Allah bersama kita untuk menenangkan kita. Jika tiba-tiba kita dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepada kita .Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kita merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkati kita. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kita dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepada kita. Ketika kita memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka mata kita dan memanggil kita dengan namamu Sahabat-Sahabatku…."

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kita atau ke manapun kita berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di samping kita………….

"Ya aiyyuhallazina tautmainna qulubuhum bizikriLLAH"(wahai org yang beriman hati2 mereka akan menjadi tenang dengan mengingati ALLAH

Sabtu, 4 Mei 2013

teringin...

Menolak clinical trials bukan bermakna aku menolak segala ikhtiar. Aku nak terus hidup. Tak mahu mati sia-sia. Tapi berilah ruang untuk aku atur semula perjalanan hidup yang berbaki ini. Kita cuba satu-satu. InsyaAllah, mudah-mudahan sempat bertemu penawarnya. Buat seorang guru yang dulu marah dengan sikap dan tindakan aku akhir-akhir ini, yang pada matanya nampak seperti aku dah berhenti berharap, maafkanlah aku. Diamlah selama mana yang kamu mahu. Jauhkanlah diri kalau kamu rasa itu perlu. Kalaulah kamu dapat lihat apa yang aku terpaksa lalui hari-hari, dapat rasa kesakitan dan kepayahan yang terpaksa aku tahan, mungkin kamu boleh faham kenapa aku tak mampu untuk jadi sekuat dulu.

Hidup ini, seperti yang dijangka, tak semudah yang kita harapkan. Apa yang kita rancang mungkin tak sama dengan yang Tuhan sediakan. Semua orang nak cari bahagia. Ada waktu-waktunya akan datang juga derita. Apa yang aku dah tak mampu lakukan dan nak capai sekarang, aku dah lepaskan dengan rela untuk sementara waktu. Tapi aku akan sentiasa mendoakan sahabat-sahabat aku dapat mengejar dan mencapai apa yang mereka rancangkan. Untuk mencari ilmu setinggi yang boleh, untuk melihat dunia sejauh yang mampu, dan untuk bahagia di sisi mereka yang mampu membahagiakan. Satu-satunya perancangan aku sekarang ialah untuk bertahan selama mungkin. Kalau itu aku mampu lakukan, barulah boleh cari bahagia yang lain..dengan mereka yang aku sayang dan dengan perkara yang aku suka.



Live life to the fullest. Harapan sentiasa ada. Nasihat yang kerap aku terima daripada seorang guru. Manfaatkan hidup sebaik-baiknya. InsyaAllah aku akan cuba. Payah, tapi tak mustahil. Maafkan aku kerana terlalu banyak bergantung kepadamu, insan mulia yang Allah hadirkan dalam hidup aku. Daripada sekecil-kecil pertolongan hinggalah sebesar-besar bantuan. Malu kerana kerap menyusahkan. Terima kasih semuanya. Untuk orang biasa macam aku, dapat bersahabat dengan insan sebaik itu, adalah satu nikmat dari Tuhan yang sangat-sangat aku syukuri. Sarang-hae yo..lillahi ta'ala.


Ada sesuatu yang aku begitu teringin nak lakukan..namun aku tak berani nak suarakan...life is just not all about me..bimbang jika membebankannya lagi.. Namun aku percaya...Allah akan memberiku jalan nanti...


Jumaat, 3 Mei 2013

hakikatnya...

Sakit itu ujian. Sakit itu penghapus dosa. Dah lama aku menerima hakikat itu untuk menenangkan hati (walaupun tenangnya hanya bentar). Moga-moga sakit berpanjangan ini akan menghapuskan seberapa banyak dosa yang ada pada diriku. Seperti hilangnya karat daripada besi. Aku dah tak mampu sebenarnya menahan kesakitan ini. Terpaksa lebih banyak berpura-pura kuat di depan orang. Perasaan pun makin cepat tersentuh. Airmata makin tak dapat ditahan. Kalau dibiarkan, bakal menjejaskan hubungan aku dengan insan-insan yang aku sayang.

Aku tak mampu bercerita kepada semua orang tentang keadaan aku sekarang. Berilah aku masa untuk berterus-terang. Kalau aku seakan menjauh, bukan kerana ada perkara yang tidak menyenangkan berlaku antara kita. Tapi kerana aku tak dapat memandang wajah-wajah bahagia itu di hadapan bayang kematian aku sendiri. Cuba untuk melepaskan wajah-wajah itu perlahan-lahan.
rindu kat pelukan semangat ibu...

Tapi perjalanan hidup tetap diteruskan. Kalau pun berhenti seketika, sekadar untuk melepaskan lelah sebelum bertemu rehat yang panjang. Cerita aku cuma sebuah cerita kecil dalam dunia yang besar ini. Cerita orang biasa yang sentiasa percaya akan cantiknya kerja Allah dan setiap perkara yang diaturkan olehNya dalam hidup aku. Cerita yang makin lama akan dilupakan. Terlalu kecil untuk menjadi sejarah, tapi cukup berharga untuk menjadi kenangan.

Khamis, 2 Mei 2013

Emosi seorang pesakit



"I'm sorry, but there's nothing more we can do."

Ayat yang tiada seorang pesakit pun dalam dunia ni ingin mendengarnya. Dan tiada seorang doktor pun dengan senang hati mahu melafazkannya. Tapi itulah yang perlu dilalui oleh si pesakit dan keluarganya bilamana sakitnya sudah sampai ke tahap akhir (terminal stage). Tapi, betul ke memang tiada apa yang boleh dilakukan? Tiada harapan untuk penawar yang mujarab bukan bermakna tiada harapan langsung. That's why clinical trials continue. Cuma mati yang tiada ubatnya...kan?

"We'll help you to live with this as long as possible, as well as possible."

I don't care how long I'm expected to live now..for years or for months or just for days. I just want to live my life to the fullest. But I have to admit, hearing distressing news about your condition makes it hard to keep straight..even for the most intelligent and organised person in the world.

Bila berdepan dengan doktor, kita seharusnya bertanya sebanyak mungkin tentang status dan perkembangan penyakit kita, sampai kita betul-betul jelas dan faham. Walaupun soalan tu kedengaran bodoh atau berulang kali kita tanyakan soalan yang sama. Sebab itu hak kita, dan nyawa kita yang sedang kita risaukan.

Once you've learned about your diagnosis and prognosis, you will have to share the news with others. For me, this is the hardest part. But it's the most necessary. Percayalah..kita tak akan mampu tanggung semuanya sendiri. Some people feel better when they tell everyone. Others like to keep it as private as they can. No matter who you tell, be sure that the people you most rely on are included in the circle of those who know what's going on and what you're feeling. But again, it's not easy. Tak mustahil orang yang paling kita kasihi dalam dunia ni bakal jadi orang yang terakhir tahu tentang keadaan kita. Bukan kerana membelakangi mereka, tapi kerana hati orang yang paling dikasihi itulah yang paling ingin kita jaga.


Ada banyak cara dan pendekatan untuk kita khabarkan ujian Tuhan ni kepada keluarga dan kawan-kawan. Antaranya (berdasarkan pendekatan aku dan respon dalam forum yang aku sertai):
Sit together and tell the truth in a very appropriate manner.
Kalau tak mampu bertentang mata, telefonlah. Tapi top-up banyak-banyak dulu sebab perbualan tu pasti akan mengambil masa yang lama.
Kalau tak mampu juga, mintalah seorang kawan atau ahli keluarga untuk menyampaikannya.
Sentiasa update perkembangan kesihatan kita dengan orang yang kita percaya dan sangat kita perlukan.
Create a website or blog, to share your journey and express your feelings.
Post updates on Facebook, Twitter etc..

"Why me?"

Soalan yang rasanya wajib berlegar dalam kepala kebanyakan pesakit kanser saat kita disahkan menghidapnya. Mungkin ada yang rasa hidup ni tak berlaku adil kepada kita. Mati. Pasti itu yang terlintas di fikiran, lebih-lebih lagi bila takdir dan kecanggihan perubatan sudah tidak berpihak pada kita. How can you make the most of your remaining time? Kita mungkin tak mampu lagi merancang masa depan yang terlalu jauh seperti masa kita sihat dulu. Tapi sekurang-kurangnya kita perlu rancang apa yang kita ingin lakukan dengan baki hayat yang ada. Bagaimana dan dengan siapa kita akan habiskan hari-hari akhir hidup kita.

Selagi bernafas, hidup mesti diteruskan. Orang Islam yang beriman tidak akan menyerah segala-galanya pada takdir. Tidak akan berserah bulat-bulat kepada Allah tanpa berusaha.Kalau sampan sudah di tengah air, takkan kita nak tengok sahaja pendayung yang ada. Kalau pun pendayungnya sudah jatuh ke dalam air, takkan kita nak mengharap sahaja pada angin untuk membawa kita ke tepi. Aku akui, ada waktu-waktunya aku juga ingin berhenti berharap. Bila dalam kesakitan yang amat sangat, kadang-kadang kita mengharap Allah ambil sahaja nyawa kita sebab sakit itu terlalu berat untuk ditanggung. Tapi, beristighfarlah sebanyak-banyaknya dan bila kesakitan itu sudah berkurang, bersyukurlah kerana Allah masih mengizinkan kita untuk terus bernafas dan bertaubat.

Fikirlah sedalam-dalamnya apa yang paling penting pada kita sekarang. How do I like to spend my time? What makes a good quality day for me? Apa yang aku nak sangat buat sekarang, tapi tak mampu aku lakukan kerana kesakitan yang menghalang? Tanyalah pada diri. Kita mungkin tak mampu capai semua yang kita rancang. Tapi seperti yang pernah aku katakan pada seorang sahabat; tak dapat buat sikit, jangan tinggal semua. Kadang-kadang orang sakit ni cuma nak buat benda-benda biasa yang selalu dibuatnya dulu ketika sihat. Tengok pokok-pokok bunga yang ditanam, keluar makan simple food dengan kawan-kawan, main chess kat taman, duduk saja-saja kat bangku sambil tengok orang lalu-lalang, pandu kereta sambil tengok lampu waktu malam. Bring back those things you've lost. People do have to give up a lot of things when they are ill, but if you fight the pain, a lot of those things you enjoy are attainable again.

Semuanya ini sekadar pendapat aku berdasarkan pengalaman. Aku bukan orang yang sangat kuat dan tabah, tapi aku juga bukan orang yang lemah dan hanya mahu berserah. Memilih untuk hidup bukan bermakna kita menolak kematian. Kalau orang lain bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang, kita juga harus bersyukur diberi Allah ingatan tentang baki hayat yang ada, supaya kita lebih bersedia untuk bertemuNya dan daripada terus leka menongkat dunia. Masa hidup ni bolehlah kita mendongak ke langit. Tapi di Padang Mahsyar nanti, mungkin kita tak mampu untuk mengangkat kepala sekali pun.


Ya Allah..
Ampunilah dosa juga kesalahan kami
Berilah petunjuk terhadap semua urusan kami
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Engkaulah Penguasa kepada para perawat
Dan Penguasa kepada semua kesembuhan
Anugerahkanlah kepada kami, Ya Allah
Kesembuhan dan penawar daripada sakit ini
Sembuhkanlah...Ya Allah
Sembuhkanlah...Ya Rahman
Sembuhkanlah...Ya Rahim
Dengan rahmatMu wahai Tuhan
Yang Maha Perkasa lagi Maha PengampunWahai Tuhan yang Memelihara
Dan mentadbir sekalian alamAmin Ya Robb..

i miss u...






“Nora, cuti merdeka ni Nora balik kampung ke?”

“ye. Itu pun tiba-tiba je. Kawan satu kampung bagi tiket dia.”

“ Ohhh..yul tak kemana.stay sini je.”

“ Yul nak ikut Nora balik tak?”

Kata-kata Nora membuatkan Nurul berfikir seketika.

“ada tiket ke?”

“ Alah. Tiket habis.”

Nora mengerutkan dahinya. Ada riak hampa pada wajahnya.

“Takpelah. Raya nanti yul ikut Nora balik ek.”

Nurul cuba menyedapkan hati Nora.

“ye ke? Yul janji tau.”

Ternyata Nora amat senang dengan kehadiran Nurul dalam hidupnya.


Air mata tumpah lagi untuk kesekian kalinya. Kenangan demi kenangan muncul diteratak hatinya yang usang. Hujan gerimis dikala itu seolah-olah turut merasai kehilangan teman yang tersayang. Nurul kehilangan bicara. Mindanya kembali menyusuri nostalgia lama.


“Nora dengan Nurul.apa kata kita gabungkan.”Pandangan dilontarkan pada Nurul.

“Nura?”

Nora menggelengkan kepala. Suasana bilik sunyi seketika.

“ hah! Nolayul..”

Nora yang sedang leka, terperanjat. Hampir saja dia jatuh katil.

“ hahahahaha”

Keduanya tergelak sama. Seketika kemudian, nama itu meniti atas bibir Nora.

p/s: petikan dari novel sulungku "DENDAM YANG TERLERAI "

~BETAPA AKU MERINDUI YANG NAMANYA SAHABAT ITU...ALFATIHAH BUATMU NORA..I JUST WISH U WERE HERE WITH ME DAN ANDAINYA MASA TU BOLEH DIUNDUR, AKU AKAN PASTIKAN IANYA DIPENUHI DENGAN KENANGAN-KENANGAN YANG BAKAL KITA CIPTAKAN~