Rabu, 12 Disember 2012

i choose to fight

Teringat pepatah Cina yang dikongsikan seorang sahabat tak nampak keranda, tak menitis airmata. Setiap kali dengar berita kematian seseorang kerana kanser, hati mesti tersentuh. Bila pula giliran aku? To all cancer fighters and warriors out there, we always have two choices:
  1. give up or
  2. fight like hell.
I chose to fight.Aku pilih untuk melawan dengan cara dan perancangan aku sendiri. Tapi aku redha, akhirnya nanti tiada siapa pun yang dapat melawan perancangan Allah. Hari ni aku putuskan untuk terima cadangan doktor. Baik buruknya nanti biarlah Allah yang tentukan. Kalau elok, sembuhlah. Kalau tidak, biarlah kembali dengan cara yang sempurna. Kita ni milik Tuhan, setiap nafas pun dipinjamkan Tuhan. Apalah hak aku untuk meminta lebih daripada yang sepatutnya aku terima.
Kalau aku ada setahun dalam keadaan normal begini, dapat jalankan kewajipan aku pada Tuhan dan siapkan keperluan dunia akhirat macam orang lain, kenapa mesti aku pilih hidup setahun dalam keadaan terbaring, macam barang pameran, orang datang silih-berganti, hanya untuk meneman dan tunjuk simpati?

Dalam forum-forum yang aku sertai, ramai yang berkongsi pilihan yang sama dengan aku. They are ok now, no regrets, live life to the fullest. I know this is hard, but it's worth trying. Sangat susah sebenarnya bila siang cuba hidup macam orang lain, tapi malam banyak ketikanya bergelut menahan sakit dan bangun pagi dalam kepayahan. Kadang-kadang bila nak pejamkan mata, mesti bimbang lenaku nanti tanpa terjaga.

Kalau kita faham kita ini milik Tuhan, sewajarnya kita juga bersedia bila-bila masa pun kita boleh dijemputNya. Yang penting bukannya bila kita mati, tapi macam mana kita hidup. Kerana itu yang akan menentukan akhir nafas kita nanti..mudah-mudahan husnul khatimah, amin.


Jumaat, 26 Oktober 2012

selamat ari jadi yul

Dear ibu..

Assalammualaikumwarahmatullahwabarakatuh...

Tanggal 10 zulhijjah hari ni (26.10.2012) genap da usia yul 23 tahun..kali ni besday ayul jatuh sama bulan ngan ulangtahun ayah kan..da besar da anak anak ibu niyh..ALHAMDULILLAH...masih ayul dapat meraikan walaupun kebelakangan niyh,bnyak pekara yang terjadi dalam keluarga kita..

Ibu,

Tak dapat nak luahkan betapa gembiranya ayul saat niyh..kalau boleh ayul nak ianya berterusan..ayul nak nikmati selama yang ayul mampu..ayul syangkan ibu.ibu adalah ibu terbaik untuk ayul.maafkan ayul kerana sampai saat ni ayul masih lagi tak dapat nak gembirakan ati ibu.

Ibu,

Terima kasih bu da lahirkan ayul..saat macam niyh ayul sangat rindukan ayah..kalau arwah ayah ada kan best.al-fatihah untuk ayah kan bu..dari kita semua sekeluarga..ok lah..ayul nak tido jap..ayul letih..penat layan cucu ibu yang sorang tu..nanti ayul tulis lagi ek...yang penting ayul nak ibu tau yang

“AYUL SAYANGKAN IBU”

Sabtu, 18 Ogos 2012

rindu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Kalau diikutkan pada tarikh niyh 5 tahun lepas aq dimasukkan ke icu..mas tu bertambah2 sayang aq pada arwah nora iaitu sahabat baikku.dia yang selamatkan aq masa tu.kalau tak,mungkin aq da takde…

Nora…

Yul rindu sangat kat nora.yul rasa sayu sangat 2,3 ari niyh..

Nora …yul gaduh ngan kak nani…kalau nora ada, bolehlah tolong yul kan..agaknya yul betul2 da lukakn ati kak nani kot.maafkan yul, nora.yul janji semuanya akan baik2 aje.yul akan jg hub yang nora semai niyh baik2..alfatihah untukmu disana…

Rabu, 20 Jun 2012

Nak jadi macam ayah!!

"Akhirnya jumaat ritu aku mengalah pada keadaan diri. Letak tepi kedegilan tak nak duduk wad selama ini. Nak angkat jari pun rasa tak larat. Masuk ubat tahan sakit, tahanlah untuk beberapa ketika. Sempat la balas beberapa sms dan jamah sedikit rezeki. Lepas tu layu balik. Maka jalan selamatnya, duduk wad. 4 jam sekali nurse bagi ubat anti-nausea. Janji doktor sekurang-kurangnya sampai BP aku stabil, degup jantung kembali sekata dan demam aku kebah, baru boleh balik rumah. Alhamdulillah, everything is coming up roses. Semoga aku dapat bertahan sampai habis cycle ni.

Mata tak boleh lelap, walaupun seluruh badan yang terasa sakit ni minta sangat untuk direhatkan. Dah cuba kosongkan fikiran, jangan fikir banyak-banyak. Puas juga berzikir yang mudah-mudah, dengan harapan akan terlena. Sudahnya nota kecil ini jugalah senjata terakhir aku untuk melelapkan mata. Harap-harap akan bosan dengan ayat sendiri. Harap-harap juga mata yang makin layu ni bertambah layu bila melihat tulisan aku yang semakin hodoh. Menulis dalam kepayahan..

Waktu-waktu beginilah aku sangat rindukan Ayah. Sangat perlukan bebelan ayah. Sangat rindu nak mengadu nasib ngan ayah. Sangat rindu berbahas bahasa inggeris dengan Ayah. Sangat rindu kalah main carom dengan Ayah. Dan sangat rindu untuk bersandar di bahu Ayah. Barangkali anak Ayah ni bakal melalui hari-hari akhirnya seperti Ayah juga..kerana aku mewarisi penyakit yang sama. Kalau begitu takdirnya nanti, maka tertunailah hasrat yang selalu aku suarakan pada Ayah setiap kali dia bertanya aku nak jadi apa masa sekolah dulu:

 "Ayul nak jadi macam Ayah!"

Siang tadi aku melihat lagi medical timeline aku. Dari mula diagnosis relapse, hinggalah infusion ketiga semalam. Dan untuk yang entah ke berapa kalinya, aku tanyakan lagi prognosis aku, dengan harapan akan ada perubahan positif pada jangkaan mereka. Kadang-kadang aku lebih rela mendengar harapan palsu daripada kebenaran yang sangat menyakitkan. Kalau pun tak dapat melihat harapan itu, sekurang-kurangnya biarlah aku dapat merasa bahawa harapan masih ada. I'm ready to die..but I could live in hope.

Elok juga sebenarnya sekali-sekala bersendiri dalam sepi begini. Muhasabah diri. Menginsafi diri dan merasakan kebesaran Allah. Mudah-mudahan terbuka jalan menuju taqwa. Bernafas dalam doa dan mendengar degup jantung sendiri..supaya lebih menghargai satu jasad dan satu roh yang Allah pinjamkan kepada aku. Kerana aku tak tahu bila pula sampai masanya nanti aku akan terlantar terus dan tak mampu lagi untuk bercerita sebegini.

Akhirnya terlena juga..

Aku berdoa ini treatment cycle terakhir aku. Kalau boleh tak nak dicucuk lagi. Tak nak masuk ke bilik tu lagi. Tak nak tersandar di kerusi tu lagi. Tapi kalau ini sahaja caranya untuk terus bertahan, nak buat macam mana kan..terima. Ya Allah, aku tahu Kau Maha Mendengar. Kerana itu aku tak akan putus berdoa. Teguhkan imanku hingga ke akhirnya..

Isnin, 18 Jun 2012

jangan ditangisi apa yang bukan milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Ahad, 20 Mei 2012

petanda ini

Tiga minggu kebelakangan ni kesihatan tak berapa mengizinkan. Dah diingatkan dari awal sebenarnya, demam, selesema dan kesakitan berlarutan adalah satu lagi petanda yang akan mengecilkan harapan. Cuba untuk menidakkan kenyataan dengan menganggap semuanya cuma kebetulan. Tapi sampai bila nak lari dari hakikat,kan? Lambat laun kena juga berdepan dengan kebenaran yang menyakitkan. Betapa aku bersedia pun, bila tiba masanya, badan tak akan mampu lagi menanggung kesakitan ini. Semangat yang kuat je tak cukup kalau badan tak berdaya melawan sakit yang datang. Tapi buat masa ni aku masih boleh bertahan, walaupun beberapa kali tak mampu sembunyikan kesakitan ini daripada sahabat itu yang dah terlalu banyak membantu. Wahai diri, bertahanlah..in shaa allah. Tapi bila dah tak tertanggung rasa sakit itu, janganlah lagi memaksa diri. Serahkan semuanya kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu.

Masa yang datang akhir-akhir ini semakin cepat berlalu. Bimbang tak berkesempatan. Takut tak kesampaian. Tapi Allah Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan hidup hambaNya. Allah jualah sebabnya dalam sakit aku mampu tersenyum dan dalam ketakutan aku akan terus melawan

Selasa, 8 Mei 2012

ayah...

Ya allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. kiranya allahyarham ayahku insan yang berkebajikan maka Kau tambahlah kebajikannya..

Berikan keampunan atas segala dosanya ya Allah yang maha pengasih keatas sekalian hambaNya..

Cucurilah rohnya dengan rahmatMu..lindungi ia dari fitnah kubur yang mengazabkan dengan kasih sayangMu.sesungguhnya ia telah banyak mengorbankan hidupnya untuk membesarkan kami sekeluarga dengan kasih sayangnya.

Ya Allah yang maha penyayang…

Tempatkan ayahku ini ditempat hambaMu yang soleh.bukakanlah pintu syurgaMu untuknya.ringankanlah apa yang dilaluinya saat ini ya Allah.

Hanya padaMu aku meminta..amin yarabbal alamin



Rabu, 2 Mei 2012

kenangan..


tak sangka, aku paling rendah antara 2 bestfriend merangkap musuh utama aku dalam pelajaran...ahahha 
fight for the best ok...persaingan yang sihat.


dengan model aku yang memperagakan baju kertas yang aku design sendiri dari kertas masa fashion show Personal Protection Equipment (PPE)


kami kawan selamanya!!!!



ada tokoh pemimpin yang baik tak?
huhuhu.....
tapi masa program ni, seingat aku bukan je jadi pengarah program...tapi tugas setiausaha n ajk yang jaga vvip pun aku kene handle..almaklumlah, bila buat program ader je yang buat perangai..tapi takpelah..yang penting program motivasi kecermelangan pelajar ni berjaya n endingnya sangat happy..uuyeeaahh *,*


lecture department of civil engineering yang paling sporting ngan student lah...kreadit kat diorang bub layan kami macam kawan2 baik aje hihih



Penceramah jemputan Puan Nurul Aini Ghazali yang ceria semasa aktiviti dengan peserta..





ni bila da settle mestilah nak bg kenang-kenangan kan...takkan la tangan kosong je...ape pun thanks a lot pd PUAN NURUL AINI BT GHAZALI dan EN. SAFHIFULRABBI
 atas kesudian kalian menyampaikan 4 slot motivasi yang banyak bagi manfaat dan kesedaran pada kami...terima kasih daun keladi, in shaa allah sampai bertemu lagi...

Rabu, 18 Januari 2012

selamat ulangtahun

Kalau tak salah ayul arini ulang tahun perkahwinan ayah ngan ibu kan?selamat ulangtahun yah,selamat ulangtahun bu..

Hurm…mesti ibu sedih kan ayah jauh kat sana..

Bu , selagi kita sayang kan seseorang tu kan, walaupun jauh dia tetap kat ati kita..dan kalau kita sayang sangat2, kita tunjukkan kat dia dengan cara kita bagi hadiah untuk dia…doa isteri dan anak2..hadiah kita yang sangat dirinduinya disana kan bu kan…

Ahad, 1 Januari 2012

selamat tahun baru

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.. ALLAHUAKHBAR

Selamat melangkah kehadapan dalam semilir bayu 2012 aku ucapkan buat semua yang tersayang, ibu-ibuku,keluargaku, dan semua yang menjadi sebahagian dari hidupku..ayul doakan moga tercapai azam dan impianmu dan semoga kita semua dikasihi dan diberkati Allah sentiasa..

HAPPY NEW YEAR !!!!