Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Khamis, 2 Mei 2013

Emosi seorang pesakit



"I'm sorry, but there's nothing more we can do."

Ayat yang tiada seorang pesakit pun dalam dunia ni ingin mendengarnya. Dan tiada seorang doktor pun dengan senang hati mahu melafazkannya. Tapi itulah yang perlu dilalui oleh si pesakit dan keluarganya bilamana sakitnya sudah sampai ke tahap akhir (terminal stage). Tapi, betul ke memang tiada apa yang boleh dilakukan? Tiada harapan untuk penawar yang mujarab bukan bermakna tiada harapan langsung. That's why clinical trials continue. Cuma mati yang tiada ubatnya...kan?

"We'll help you to live with this as long as possible, as well as possible."

I don't care how long I'm expected to live now..for years or for months or just for days. I just want to live my life to the fullest. But I have to admit, hearing distressing news about your condition makes it hard to keep straight..even for the most intelligent and organised person in the world.

Bila berdepan dengan doktor, kita seharusnya bertanya sebanyak mungkin tentang status dan perkembangan penyakit kita, sampai kita betul-betul jelas dan faham. Walaupun soalan tu kedengaran bodoh atau berulang kali kita tanyakan soalan yang sama. Sebab itu hak kita, dan nyawa kita yang sedang kita risaukan.

Once you've learned about your diagnosis and prognosis, you will have to share the news with others. For me, this is the hardest part. But it's the most necessary. Percayalah..kita tak akan mampu tanggung semuanya sendiri. Some people feel better when they tell everyone. Others like to keep it as private as they can. No matter who you tell, be sure that the people you most rely on are included in the circle of those who know what's going on and what you're feeling. But again, it's not easy. Tak mustahil orang yang paling kita kasihi dalam dunia ni bakal jadi orang yang terakhir tahu tentang keadaan kita. Bukan kerana membelakangi mereka, tapi kerana hati orang yang paling dikasihi itulah yang paling ingin kita jaga.


Ada banyak cara dan pendekatan untuk kita khabarkan ujian Tuhan ni kepada keluarga dan kawan-kawan. Antaranya (berdasarkan pendekatan aku dan respon dalam forum yang aku sertai):
Sit together and tell the truth in a very appropriate manner.
Kalau tak mampu bertentang mata, telefonlah. Tapi top-up banyak-banyak dulu sebab perbualan tu pasti akan mengambil masa yang lama.
Kalau tak mampu juga, mintalah seorang kawan atau ahli keluarga untuk menyampaikannya.
Sentiasa update perkembangan kesihatan kita dengan orang yang kita percaya dan sangat kita perlukan.
Create a website or blog, to share your journey and express your feelings.
Post updates on Facebook, Twitter etc..

"Why me?"

Soalan yang rasanya wajib berlegar dalam kepala kebanyakan pesakit kanser saat kita disahkan menghidapnya. Mungkin ada yang rasa hidup ni tak berlaku adil kepada kita. Mati. Pasti itu yang terlintas di fikiran, lebih-lebih lagi bila takdir dan kecanggihan perubatan sudah tidak berpihak pada kita. How can you make the most of your remaining time? Kita mungkin tak mampu lagi merancang masa depan yang terlalu jauh seperti masa kita sihat dulu. Tapi sekurang-kurangnya kita perlu rancang apa yang kita ingin lakukan dengan baki hayat yang ada. Bagaimana dan dengan siapa kita akan habiskan hari-hari akhir hidup kita.

Selagi bernafas, hidup mesti diteruskan. Orang Islam yang beriman tidak akan menyerah segala-galanya pada takdir. Tidak akan berserah bulat-bulat kepada Allah tanpa berusaha.Kalau sampan sudah di tengah air, takkan kita nak tengok sahaja pendayung yang ada. Kalau pun pendayungnya sudah jatuh ke dalam air, takkan kita nak mengharap sahaja pada angin untuk membawa kita ke tepi. Aku akui, ada waktu-waktunya aku juga ingin berhenti berharap. Bila dalam kesakitan yang amat sangat, kadang-kadang kita mengharap Allah ambil sahaja nyawa kita sebab sakit itu terlalu berat untuk ditanggung. Tapi, beristighfarlah sebanyak-banyaknya dan bila kesakitan itu sudah berkurang, bersyukurlah kerana Allah masih mengizinkan kita untuk terus bernafas dan bertaubat.

Fikirlah sedalam-dalamnya apa yang paling penting pada kita sekarang. How do I like to spend my time? What makes a good quality day for me? Apa yang aku nak sangat buat sekarang, tapi tak mampu aku lakukan kerana kesakitan yang menghalang? Tanyalah pada diri. Kita mungkin tak mampu capai semua yang kita rancang. Tapi seperti yang pernah aku katakan pada seorang sahabat; tak dapat buat sikit, jangan tinggal semua. Kadang-kadang orang sakit ni cuma nak buat benda-benda biasa yang selalu dibuatnya dulu ketika sihat. Tengok pokok-pokok bunga yang ditanam, keluar makan simple food dengan kawan-kawan, main chess kat taman, duduk saja-saja kat bangku sambil tengok orang lalu-lalang, pandu kereta sambil tengok lampu waktu malam. Bring back those things you've lost. People do have to give up a lot of things when they are ill, but if you fight the pain, a lot of those things you enjoy are attainable again.

Semuanya ini sekadar pendapat aku berdasarkan pengalaman. Aku bukan orang yang sangat kuat dan tabah, tapi aku juga bukan orang yang lemah dan hanya mahu berserah. Memilih untuk hidup bukan bermakna kita menolak kematian. Kalau orang lain bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang, kita juga harus bersyukur diberi Allah ingatan tentang baki hayat yang ada, supaya kita lebih bersedia untuk bertemuNya dan daripada terus leka menongkat dunia. Masa hidup ni bolehlah kita mendongak ke langit. Tapi di Padang Mahsyar nanti, mungkin kita tak mampu untuk mengangkat kepala sekali pun.


Ya Allah..
Ampunilah dosa juga kesalahan kami
Berilah petunjuk terhadap semua urusan kami
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Engkaulah Penguasa kepada para perawat
Dan Penguasa kepada semua kesembuhan
Anugerahkanlah kepada kami, Ya Allah
Kesembuhan dan penawar daripada sakit ini
Sembuhkanlah...Ya Allah
Sembuhkanlah...Ya Rahman
Sembuhkanlah...Ya Rahim
Dengan rahmatMu wahai Tuhan
Yang Maha Perkasa lagi Maha PengampunWahai Tuhan yang Memelihara
Dan mentadbir sekalian alamAmin Ya Robb..

Ahad, 20 Mei 2012

petanda ini

Tiga minggu kebelakangan ni kesihatan tak berapa mengizinkan. Dah diingatkan dari awal sebenarnya, demam, selesema dan kesakitan berlarutan adalah satu lagi petanda yang akan mengecilkan harapan. Cuba untuk menidakkan kenyataan dengan menganggap semuanya cuma kebetulan. Tapi sampai bila nak lari dari hakikat,kan? Lambat laun kena juga berdepan dengan kebenaran yang menyakitkan. Betapa aku bersedia pun, bila tiba masanya, badan tak akan mampu lagi menanggung kesakitan ini. Semangat yang kuat je tak cukup kalau badan tak berdaya melawan sakit yang datang. Tapi buat masa ni aku masih boleh bertahan, walaupun beberapa kali tak mampu sembunyikan kesakitan ini daripada sahabat itu yang dah terlalu banyak membantu. Wahai diri, bertahanlah..in shaa allah. Tapi bila dah tak tertanggung rasa sakit itu, janganlah lagi memaksa diri. Serahkan semuanya kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu.

Masa yang datang akhir-akhir ini semakin cepat berlalu. Bimbang tak berkesempatan. Takut tak kesampaian. Tapi Allah Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan hidup hambaNya. Allah jualah sebabnya dalam sakit aku mampu tersenyum dan dalam ketakutan aku akan terus melawan

Isnin, 9 Mei 2011

10 LANGKAH MENGHINDARI KANSER







1. Jangan Merokok @ Berhenti Merokok
Merokok adalah tidak baik untuk kesihatan. Ianya telah diketahui merupakan salah satu risiko kepada Kanser Paru-paru. Selain dari itu ianya juga boleh meningkatkan risiko banyak lagi jenis kanser yang lain. Kita juga perlu mengelak dari menjadi perokok sekunder (iaitu orang lain yang merokok tetapi kita juga menghisap asapnya)

2. Jaga Kulit Dari Pendedahan Kepada Matahari
Kanser kulit sekarang ini semakin meningkat insidennya. Salah satu puncanya ialah pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari yang terik. Pakailah 'sun-blocker' @ 'Sun-screen' apabila kita keluar dari rumah atau pejabat. Ketahui 'tahi lalat' dan bintik-bintik hitam yang ada pada kulit kita. Berjumpalah dengan doktor sekiranya terdapat perubahan kepada 'tahi lalat' atau bintik hitam tersebut.

3. Makan Banyak Sayur-sayuran & Buah-buahan
Kebanyakkan Sayur-sayuran & buah-buahan mengandungi anti-oksidan. Ia dapat membantu memperbaiki sel-sel yang telah rosak.

4. Kurangkan Makan Daging Terutamanya Daging Yang Disalai
Penyelidikan menunjukkan makanan yang kaya dengan lemak haiwan boleh menyebabkan penyakit kanser. manakala memakan daging yang disalai pula akan meningkatkan risiko faktor kanser.

5. Jangan Minum Arak
Meminum arak atau alkohol akan meningkatkan risiko kanser. Antara kanser yang dikaitkan dengan tabiat minum minuman keras ini adalah kanser hati.

6. Bersenam
Sekiranya anda gemuk atau berat badan anda berlebihan (overweight) ianya juga didapati akan meningkatkan risiko mendapat kanser. Adalah baik sekiranya anda dapat menjaga berat badan dengan melakukan senaman secara 'regular'.

7. Ketahui Sejarah Penyakit Kanser Dalam Keluarga
Anda memang digalakkan untuk mengambil tahu sejarah penyakit kanser dikalangan keluarga anda sendiri. Dengan mengetahui sejarah penyakit, anda akan dapat mengetahui jenis kanser yang menjadi risiko kepada diri anda. Dengan itu pemeriksaan awal dapat dilakukan.

8. Ketahui Pendedahan Kepada bahan Kimia Di Tempat Kerja
Sekiranya anda terdedah kepada bahan kimia semasa anda bekerja, anda patut mengetahui apakah bahan kimia yang terlibat. Gasoline, diesel, arsenik, beryllium, nickel kromat dan banyak lagi telah diketahui adalah karsinogenik. Sesetengah daripada bahan-bahan tersebut dikehendaki untuk anda melakukan pemeriksaan tahunan. Bincanglah dengan majikan anda bagaimana hendak mengurangkan pendedahan terhadap bahan-bahan yang karsinogenik itu.

9. Amalkan Seks Selamat
Seks yang selamat ialah seks dengan suami atau isteri sendiri. Selain dari itu semuanya tidak selamat. Jangkitan virus seperti HPV viral boleh menyebabkan kanser pangkal rahim.

10. Lakukan Pemeriksaan Doktor & Ujian Makmal Secara Berkala.
Pemeriksaan oleh doktor & ujian makmal seperti 'Pap smear', pemeriksaan buah dada secara manual & mammogram (untuk wanita), pemeriksaan rektal (untuk lelaki) dapat membantu pengesanan awal. Adakalanya sebelum sesuatu ketumbuhan itu menjadi kanser. Selain dari itu pemeriksaan darah seperti 'tumour marker' juga dapat membantu.

Sabtu, 2 April 2011

Barah Otak (Brain Tumor)-sedikit perkongsian

PENGENALAN

Penyakit tumor otak merujuk kepada sebarang jisim yang terhasil akibat ketumbuhan luar biasa atau pertumbuhan luar kawal sel yang terdapat pada otak (neuron, sel glial, sel epithelial, sel penghasil myelin dan sebagainya.) atau sel tumor yang merebak (metastasis) dari tempat lain. Tumor otak biasanya terletak di posterior ketiga otak pada kanak-kanak dan dua per tiga anterior otak pada orang dewasa.

Tumor otak termasuk semua ketumbuhan di dalam tengkorak atau di dalam saluran tunjang pusat. Mereka dicipta oleh pembahagian sel yang tidak normal dan tidak terkawal, biasanya dalam otak itu sendiri, tetapi juga dalam tisu limfa, dalam saluran darah, saraf kranial, dalam sampul surat otak (meninges), tengkorak, kelenjar pituitari, atau kelenjar pineal.

Tumor otak boleh juga merebak terutamanya di organ-organ lain (tumor metastatik).Mana-mana tumor otak memang serius dan mengancam nyawa kerana sifat invasif dan infiltrative dalam ruang yang terhad dalam rongga intrakranial.Walau bagaimanapun, tumor otak (walaupun malignan) tidak selalunya membawa maut, terutamanya lipomas yang sememangnya rendah.

Tahap ancaman bergantung kepada gabungan faktor-faktor seperti jenis tumor, lokasi, saiz dan kawasan yang yang terlibat dengan aktiviti pertumbuhan sel kanser itu sendiri. Disebabkan otak juga dilindungi oleh tengkorak, maka pengesanan awal tumor otak berlaku hanya apabila alat diagnostik disasarkan pada rongga intrakranial. Biasanya pengesanan berlaku secara berperingkat-peringkat apabila kehadiran tumor telah menyebabkan gejala tidak dapat dijelaskan.Ketumbuhan otak biasanya terletak di lekuk tengkorak (posterior) pada kanak-kanak dan dalam (anterior) dua pertiga daripada hemisfera serebrum di kalangan orang dewasa.







TANDA-TANDA DAN GEJALA BARAH OTAK (SIGNS AND SYMPTOMS OF BRAIN TUMOR)


1. Sakit kepala yang teruk di waktu pagi berbanding tengah hari.

( Dari Pengalaman : Biasanya dalam jam 5 hingga 8 pagi itu lah sakit kepala aku tu datang menyerang sampai lah jam 11 lebih)

2. Gangguan penglihatan.

( Dari Pengalaman : kabur penglihatan atau pandangan kelam terjadi akibat tekanan yang berlebihan dihadapi pesakit atau saat diserang sakit secara tiba-tiba kesan penyakit tumor otak )

3. Sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau menunduk.

( Dari Pengalaman : merasakan seolah-olah urat kepala hampir putus atau pecah)

4. Gangguan percakapan

( Dari Pengalaman : berlaku masalah pertuturan dimana pesakit mengalami masalah untuk menutur atau menyebut dengan jelas sesuatu perkataan. Kadang-kala pertuturannya yang agak pelik disedari oleh orang disekeliling)

5. Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.

( Dari Pengalaman : berlaku apabila pesakit diserang sakit yang keterlaluan sehingga mengalami kejang dan apabila keadaan semakin reda pesakit akan mengalami kesukaran untuk mengawal pergerakkan anggota badan)

6. Sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri.

( Dari Pengalaman : Berlaku apabila pesakit diserang sakit yang keterlaluan yang mungkin berpunca dari tekanan yang tidak dikawal dengan baik selain dari punca tumor otak itu sendiri)

7. Hilang ingatan ke atas hal-hal yang baru dan kemerosotan proses mental.

( Dari Pengalaman : Serius, benda ni mula mengganggu sejak akhir-akhir ini)


8. Hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan.

( Dari Pengalaman : pesakit mudah jatuh akibat daya imbangan yang sukar dikawal seperti kaki yang terbengkok secara sendiri dan kadang-kadang pesakit terasa amat lemah untuk bangun)

9. Loya dan muntah-muntah.

( Dari Pengalaman : Memang perkara biasa terjadi sewaktu sakit tu datang menyerang sehingga ada masanya pesakit akan muntah darah akibat luka yang terhasil di dalam perut)