Isnin, 17 Jun 2013

catatan tersimpan di bumi melbourne

Hari ini hari yang ke-2 berada di bumi australia, barulah aku dapat luangkan masa untuk menulis setelah menyelesaikan banyak perkara penting termasuklah pendaftaran, bertemu Dr Pakar, membuka akaun bank dan menghantar maklumat Perubatan dan senarai kemalangan yang pernah aku lalui (hahaha sampai dr tu shock tgok) di Royal Melbourne Hospital. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan setiap urusan yang dilakukan di sini selesai tanpa sebarang masalah.


Penerbangan MH149 yang aku naiki mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada jam 9 pagi. Cuaca mendung dengan awan tebal menjadikan proses pendaratan sangat tidak menyelesakan. Melbourne ketika tu hujan rintik-rintik dengan angin bertiup agak kuat menyebabkan keadaan sangat sejuk seperti berjalan di genting dengan baju nipis. Ketika di Kuala Lumpur, aku diberitahu bahawa Melbourne sekarang dalam musim panas (summer). Mujurlah aku bawa juga tiga baju panas, kerana aku memang sangat tak tahan dengan sejuk.. Sehari sebelum itu, suhunya adalah 34 darjah Celsius, panas sekali. Tetapi pada bila aku tiba, suhunya jatuh kepada 10 C, dipengaruhi angin dari laut yang bertiup dan menghembus seluruh Victoria, menjadikan musim panas itu berubah sekelip mata menjadi sejuk.

Sehingga hari ke-2 ini pun, cuaca masih sangat sejuk.Beza masa Melbourne dan KL hanya 3 jam. Kalau sekarang Melbourne jam 8 malam, KL baru jam 5 petang. Tapi waktu summer ini siangnya sangat panjang. Subuh masuk jam 4 pagi dan Maghrib jam 8.30 malam. Kalau terkena bulan puasa?? Hahaha...Pagi pertama aku bangun,aku menangis. menangis sebab sangat sejuk. beritahu ibu dalam keadaan teresak-esak menangis. Tidak akan terlihat aku walau seminit pun tanpa baju sejuk walau dalam wad.Mujur hari pertama Dr membenarkan aku tidur hampir 16 jam (kuasa ubat). Mafla murah, kerana itulah semua yang menyelamatkan aku daripada mati kesejukan. Serius!! Orang kita sukalah tengok orang putih pakai baju tebal, lilit leher, pakai sarung tangan dan snowcap... feeling winter kan?? aku pun waktu di KL dah start feeling winter pakai baju tebal segala macam . Sampai sini, setelah mengharungi sendiri musim sejuk pelik ni, aku mula la touching.badan da tak tahan. setiap kali nak mandi, wuduk,malah nak basuh tangan pun!! Walaupun sini ada paip air panas, tapi air panas tu hanya panaskan kita waktu mandi, lepas saja mandi anda tahulah sejuknya jadi lagi teruk! Jadi, jangan tanya berapa kali aku mandi di sini dalam sehari! hahaha Jadi, janganlah juga anda fikir pakaian di musim winter itu sangat cool. Ketahuilah bahawa semua orang mendoakan winter cepatlah habis kerana sesungguhnya cuaca sejuk di negara empat musim sangatlah menyeksakan. DAN LEBIH MEMBURUKKAN KEADAAN LAGI, sekarang ni bukan winter. Sekarang ni summer! Pun dah sejuk macam ni! Jadi aku rasa aku nak balik Malaysia waktu musim winter di sini nanti hahahhaha .....tapi semua ni angan2...esok aku terpaksa balik..ibu kemalangan..masuk wad akibat tangan patah dan kepala terhentak kuat dan kakak sedang kritikal..lagipun dr dah maklumkan, pembedahan dan kimoterapi yang baru berlalu membataskan rawatan yang bakal diberikan pada aku. aku harus dan terpaksa menunggu kira-kira 6 bulan lagi..hurm semoga segalanya akan baik2 sahaja....

Satu-satunya perkara yang ku belum dapat atasi adalah kerinduan aku pada katil kesayangan aku pada keluarga, tapi lebih tepatnya kepada kesayangan2 aku ehe .... 

Rabu, 5 Jun 2013

entri yang tak bertajuk....

Salam kasih buat semua yang ku sayangi...terima kasih atas doa dan kesudian meluangkan masa membaca titipan yang lahir dari hati insan yang tak berapa nak seni ni..

Beberapa hari kebelakangan ni aku moody....panas baran!tertekan sebenarnya dengan situasi yang melanda yang memaksaku membuat pilihan..pilihan yang semestinya terlalu berat untuk aku..ditambah lagi dengan desakkan keluarga ahhhhh...semua ni terlalu menyakitkan hati.

Apa yang akak lakukan sebenarnya adalah yang terbaik untuk dirinya..siapa lagi yang mengetahui tentang kita selain dari diri kita sendiri..bila semua tahu tentang apa yang ditanggungnya, semangatnya luruh satu persatu.kenyataan hidup yang amat perit untuknya.sebelum-sebelum ni keadaan dia tak begini.mungkin tangisan kasih dari si ibu membuatkan semangatkan semakin rapuh...serapuh dahan kering yang kian mereput..

Hari ini aku berhutang denganmu.hutang yang sampai bila-bila takkan aku mampu bayar.selama hari ni, setiap kegembiraan aku lalui atas airmatamu.begitu kau rela mengorbankan hakmu demi melihat aku gembira.dalam kepayahan aku untuk meneruskan hidup walaupun kau terpaksa menanggung derita sakitmu sendiri.sekarang kau faham kan mengapa dan kenapa aku sering tak ingin maklumkan kepada ibu keadaan aku.kesedihan dia akan buat kita lagi kecawa sedangkan semangat dia yang kita perlukan. Dulu aku sentiasa mengatakan pada ibu tiapkali kerisauan menjengah hati tuanya. Metabolismamu tinggi.kau kuat makan dari aku.sebab tu badan kau kurus sangat.tapi aku tak tahu kau lebih menderita dari aku..

Aku harap satu hari nanti kau akan terjumpa blog ku ini...biar kau tahu betapa aku sayangkan kau.betapa aku berterima kasih pada setiap apa yang kau lakukan.aku sanggup lakukan apa saja untuk melihatmu kembali gembira..

Sejak aku mengetahui keadaan sebenarmu, hari-hari aku mengikuti perkembangan dirimu.hari-hari aku menjelajah google untuk mencari perubatan terbaik untukmu.namun aku hampa apabila ibu mendesakku segera menjalani rawatan di royal melbourne hospital..dr jugak menyarankan aku segera kesana.huh semester baru nak bermula.macam mana aku nak kesana..

Aku taknak berada jauh dengan semua orang yang aku sayang..apetahlagi ibu beritahu yang dia akan pulang bila keadaan aku dah sesuai disana..tapi aku rasa semua pun tahu kenapa aku taknak pergi..aku cuma nak tunaikan hasrat akhir ayah je...impian aku yang paling besar...selanjutnya, aku masih belum memikirkan lagi hala tuju hidup aku.tak tak...jangan salah sangka.aku bukannya nak mati..cuma aku rasa aku dah terlalu letih untuk terus hidup.lama dulu dah aku rasa begini.cuma aku pendamkan.dan beberapa kali aku hilang pertimbangan bila aku overdos.kau cukup kenal dengan aku kan...takde apa yang boleh ubah setiap apa pun yang aku inginkan.takde sapa yang boleh bantah bila aku membuat sesuatu keputusan tu dan aku pun penah bagitau ibu betapa aku letih dengan kehidupan ni..berbuih mulut ibu membebelkan aku tapi harapan dan impian aku tetap disitu.





pada kau yang selalu aku sakiti aku mintak maaf...aku tak sengaja.keputusan sebenarnya ditangan kita.sama ada nak merawat atau membiarkannya terus memakan diri.aku tak boleh nak nasihat lebih-lebih sebab aku sendiripun masih mencari-cari apa sebenarnya erti hidup ni.ape pun keputusan aku selepas ni memang takkan ada kaitan dengan segala apa yang kau lalui.. semua orang sedia maklum bahawa rawatan itu bersifat percubaan sahaja.belum pun pasti aku akan sembuh...

dan aku akan selalu panjatkan doa agar kita kembali seperti dulu..aku harap kau akan kembali sembuh.in shaa allah..aku nak kau tahu je yang kasih sayang aku tak pernah padam sekalipun berkali-kali mulut jahat aku ni nafikan..semoga kau akan tetap kuat...semoga Allahmengabulkan permintaan ku ini

sayang selamanya

~ADIKMU~

Isnin, 3 Jun 2013

MENCARI PENAWAR DUKA

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.

Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Permohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.

Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).

Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah‘istighfar’.

Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya“Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”–lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).

Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.

Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Sabtu, 1 Jun 2013

sedang mencuba..

keikhlasan dalam sebuah persahabatan tu mampu dirasa oleh dua insan yang menjalinnya.sama ada kita semua yakin atau tidak ianya tetap fakta yang tak memerlukan kepercayaan kita untuk dibuktikan..sekali lagi persahabatan dalam kamus hidupku akan berakhir...aku tak mengharapkannya lagi...apa gunanya jika kamu merasa terpaksa kan?melarikan diri is not the best way.why dont you try talk about that with me? at least aku taklah terasa.. tapi bila jalan ni yang kamu pilih, it's ok with me. to be honest, aku sendiri tak boleh lagi nak menerima persahabatan baru dalam hidup aku...cukup yang sedia ada..aku da cukup bahagia dengan dia..cuma aku baru nak belajar membuka kembali pintu hati yang selama ni aku kunci dengan mangga yang tak ber"kunci" untuk orang lain buka. berkongsi kisah yang mungkin tak dijangka..tapi semuanya perancangan..Allah jua yang menentukan..

a few day ago, dr terpaksa hentikan sesi kimoterapi terhadap aku. badan aku menolak dan kesannya amat teruk. and for now, aku terpaksa cari alternatif untuk memastikan sel dalam badan aku kembali pulih atau organ aku akan mengalami kerosakkan demi kerosakan.i try to let u know about it..but u keep avoiding me..it's offend me...

tapi takpe lah kot...sebab u are not may best friend pun as you keep telling me...i can feel it since we meet or first time.aku cuma buka sedikit ruang untuk orang baru hadir dalam hidup aku..selainnya tak kot..
so sekarang ni aku kene cari alternatif untuk buat kamu supaya tak rasa terpaksa..dan aku sedang usahakannya supaya kamu tak rasa kecil hati dengan aku...it will be fine soon.just dont worry  about me coz i can handle it..lagipun persahabatn ni belum pergi jauh kan..

agaknya ni lah yang dinamakan serik..serik atau dalam ayat lainnya trauma dalam membina hubungan baru setelah acapkali melalui kegagalan demi kegagalan dalam fasa persahabatan. ya...sememangnya aku sedikit trauma.dan aku sedang berusaha mengatasinya ok..

ape pun, aku perlu dan harus utamakan kesihatan aku yang semakin merundum.semester baru akan bermula beberapa minggu lagi..dan aku harus pastikan kesihatan aku dalam keadaan yang benar-benar baik.