Hakikat Ujian Illahi

Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan,sama ada di rumah,pejabat atau keluarga,tekanan tetap ada.Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.
Bagaimanapun, Rasullulah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud:
"Sesungguhnya org mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yg lbh besar,tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan suatu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut" (Riwayat Al-Hakim ).
Ingatlah bhw ujian selalu seiring dengan perjuangan.Oleh itu,ia tetap memerlukan bekalan iman,sabar dan istiqamah.Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorangan itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti di mulut sahaja.
Umat Islam diuji dengan 5 perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,orang munafik yang sentiasa membencinya,orang kafir yang sentiasa memeranginya,syaitan yg sentiasa berusaha utk menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang imannya.Semuanya ini menuntut tahap kesabaran yang tinggi dalam diri insan itu.
Lawan bagi sabar ialah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yg dilarang oleh agama.krn ia akan melemahkan semangat menimbulkn perasaan putus asa.sedangkan Allah berfirman,"Tiap-tiap kesusahan disertai kemudahan" (al-Insyirah :6 )
Yang penting,sematkan dalam hati,tanpa masalah,tidak akan lahir kematangan krn pengalaman dlm menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dlm menjamin kejayaan dlm kehidupan.

Tiada ulasan: