MeMBiNa KeBiJaKsaNaaN MeLaLuI pErTaNyAaN

Mengapa manusia tidak suka mengajukan soalan di tengah ramai?

1. Berasa bodoh

Ramai beranggapan apabila bertanya itu bermakna bodoh. Oleh kerana dia tidak tahu (bodoh) maka dia bertanya. Mereka yang tidak bertanya tidak bodoh dan telah faham segala-galanya.

FAKTA : Bertanya adalah sikap orang bijak. Kepandaian bermula daripada sikap ingin tahu, maka bertanya bukanlah bodoh bahkan ia satu proses menyaratkan otak dengan pelbagai ilmu. Bertanyalah kamu supaya mendapat jawapan, sebab setiap jawapan adalah menambah kepandaian.

2. Tercabar ego

Terutama golongan professional dan yang seumpama merasakan setiap pertanyaan akan meletakkan diri mereka bawah sedikit daripada kedudukan mereka yang sebenar.

FAKTA : Biar sepakar manapun seseorang itu dia tidak akan menguasai semua ilmu.

3. Tidak yakin

Ramai tidak yakin soalan mereka sesuai untuk ditanyakan di tengah ramai. Mereka takut soalan itu terkeluar tajuk atau menggambarkan lemah pemahaman. “Ai, orang lain semua boleh faham, awak Tanya lagi?”

FAKTA : Semua orang berfikir begitu, jika anda muncul anda adalah champion dan akan dikagumi oleh semua orang.

4. Pemalu

Sesetengah orang amat pemalu untuk bercakap di tengah ramai. Kerana itulah, banyak soalan datang dari cebisan kertas yang dihantar senyap-senyap.

FAKTA : Bangsa Melayu pernah diistilahkan sebagai bangsa yang pemalu dan pesimistik. Boleh jadi sikap ini semula jadi lahir dalam diri seseorang, namun terlalu malu menyebabkan lemah dan hilang keberanian.

5. Tidak mahu kongsi

Mereka yang lokek berkongsi jawapan adalah mereka yang lokek berkongsi ilmu.

FAKTA : Setiap orang melihat melalui perspektif yang berbeza. Tidak perlu takut berkongsi ilmu sebab bukan banyak ilmu menentukan kejayaan tetapi apakah ilmu yang sedikit itu mampu digunakan.

SUMBER : MEMBINA PERSONALITI TERBILANG -HM TUAH-


MALU BERTANYA

Fenomena ini sering dialami oleh diri saya atau mungkin pelajar lain, iaitu segan nak bertanya semasa ada yang tidak difahami dalam kuliah..lecturer tanya "ada soalan?" atau "jelas?"..masing-masing mendiamkan diri atau just menganggukkan kepala tanda faham, walhal dlm kepala 'seribu satu persoalan'..alasan tidak mahu bertanya : "segan", "ah..tidak apa..balik nanti aku try cri sendiri"..

Namun, sekitar pemerhatian saya sepanjang sekelas dgn student cina dan pak arab, mereka sangat suka bertanya apa yang tidak difahami..alangkah baiknya jika saya seberani mereka

Tiada ulasan: