Khamis, 21 Februari 2013

nilai sekeping gambar

Aku bukan orangnya yang suka menyimpan gambar untuk kenangan. Kerana dulu aku pernah percaya kata seorang hamba Allah ni, apa yang tersimpan dalam ingatan lebih berharga untuk dikenang. Perhaps that's why I don't remember days, but I remember moments. Tapi sekarang aku perlu berubah. Ingatan tak sekuat dulu, banyak perkara yang aku lupa, banyak kenangan yang semakin kabur.




Dan sekarang aku mula percaya akan berharganya sekeping gambar buat seorang manusia. Orang yang kita sayang, sampai masa akan pergi meninggalkan kita. Wajah yang kita lihat hari-hari itu akan jadi satu wajah yang akan kita rindui nanti. Perjalanan hidupnya di dunia akan berakhir sebaik dikambus timbunan tanah. Tapi kisah hidupnya sesekali mungkin akan terdengar juga, andai ditinggalkan walau sekeping gambar tentangnya, dan selagi ada yang mahu bercerita tentang gambar itu. Terasa seakan-akan rakaman hidupnya dimainkan semula.

Hari ni aku selak album lama.. Kenangan bersama ayah bermain di ingatan tatkala aku melihat gambarnya... Sungguh aku rindukan dia. Hurmmm....Mungkin pada kalian hari-hari itu sudah berlalu seperti berlalunya hari-hari biasa yang kalian lalui. Lain rasanya andai kalian berada di tempat aku, dan dalam keadaan aku sekarang. Mahu menjadikan setiap hari yang berbaki menjadi hari yang bahagia, sekali pun tidak sempurna. Berusaha menyimpan setiap kenangan yang ada sebagai kenangan terindah.

I need to keep the memories from fading. Thanks Puan Nughul, for helping me with this. Senyuman, suatu hari akan pudar. Tawa riang, sampai masa akan hilang. Tangisan juga takkan berpanjangan. Yang akan tinggal nanti cuma kenangan. Aku simpan semua ini untuk diriku. Kalau pun nanti cerita persahabatan kita tidak bermain di bibir kalian, sekurang-kurangnya biarlah nanti ia menjadi tatapan untuk keluargaku. Betapa seorang ibu nanti akan tahu, anaknya ini sangat kasihkan sahabat-sahabatnya seperti kasihnya dia pada darah daging sendiri.

Tiada ulasan: